Sabtu, 10 Januari 2015

Sabtu, Januari 10, 2015
Tauke Padam Gambar Fararri Kerana Jaga Hati Zizan | Gambar Ferarri kuning F430 milik Zizan Razak yang dianggarkan berharga sekurang-kurangnya RM1.5 juta yang tersebar dimedia sosial akhirnya dipadamkan Tauke Jambu kerana mahu menjaga hati rakannya itu.

Tauke Padam Gambar Fararri Kerana Jaga Hati Zizan

Menurut Tauke, dia terpaksa memadamkan gambar kereta Ferrari kuning itu yang difahamkan milik Zizan Razak di Instagramnya kerana enggan melihat kontroversi Zizan dengan Emma Maembong menjadi semakin parah.

Tambah Tauke, dia buat begitu kerana terlalu gembira dengan kejayaan Zizan yang mampu memiliki kereta mewah hanya menjadi seorang pelawak.

"Sejujurnya saya tidak tahu kereta itu antara penyebab berlakunya kontroversi antara Zizan dan Emma.

”Bukan niat saya untuk menunjuk-nunjuk atau sengaja menghangatkan lagi keadaan tetapi saya berbuat demikian kerana bangga dengan kejayaan Zizan sebagai kawan saya,"

Sebelum ini, Zizan pernah mengakui salah satu sebab hubungan cintanya dengan Emma Maembong berakhir kerana kedegilaannya untuk memilki sebuah kereta mewah yang dihalang oleh kekasihnya itu.

Bagaimanapun Emma dalam satu status di Twitter miliknya pada Jumaat seolah-olah mempersoalkan kenyataan Zizan mengenai kereta itu sebaliknya meminta pelakon berkenaan menerangkan sebab sebenar hubungan mereka putus.

Dalam pada itu, Tauke berkata, apabila menyedari kesilapannya itu dia telah pun memadam gambar berkenaan beberapa jam selepas ia dimuat naik pada Khamis lalu.

Jelas Tauke, dia rasa bersalah terhadap tindakannya itu kerana masa yang dipilih memuat naik gambar berkenaan adalah kurang sesuai malah memburukkan keadaan.

"Zizan tidak meminta saya memadam gambar tersebut tetapi dia hanya menyatakan rasa resah terhadap reaksi peminat dan saya memahami situasinya dan terus padam gambar itu," katanya.

Sementara itu, Tauke berkata, sebagai sahabat dia berharap Zizan dapat menyelesaikan masalahnya dengan Emma dengan baik dan sentiasa mendoakan kebaikan mereka berdua.

"Untuk mencampuri urusan peribadi mereka itu adalah perkara paling terakhir yang boleh dilakukan tetapi sebagai sahabat saya mendoakan yang terbaik buat mereka berdua," ujarnya.


sumber
http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2015/01/10/tauke-jambu-padam-ferarri/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.