Sabtu, 17 Januari 2015

Sabtu, Januari 17, 2015
Tercemar, Epal Gala & Granny Di Haram Masuk Malaysia | Assalammualaikum makluman untuk semua dari Jabatan Pertanian Malaysia..officially akan diumumkan oleh pihak Kementerian kesihatan malam ini. (Baru je diumumkan menerusi TV3)

Tercemar, Epal Gala & Granny Di Haram Masuk Malaysia

Kami baru terima recall utl Gala apples and Granny Smith apples from California. Recall note dari FDA, US. Apples suspected to be tainted with Listeriosis bacteria. Already caused 3 deaths and a lot sick people in US and Canada. Pls refrain from eating them. Supplier apples in telah export ke banyak negara termasuk malaysia melalui 7 pengekport.- B. Biosekuriti Tumbuhan DOA

http://www.ksat.com/content/pns/ksat/news/2015/01/12/granny-smith--gala-apples-recalled.html

bakteri boleh menyebabkan kematian. Simptom2 nya: fever, muscle aches, headache, confusion. Semua apple ini sedang tarik semula oleh FDA USA. -whatsapp

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------


 Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menyekat kemasukan epal jenis Gala dan Granny Smith dari Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia kerana dipercayai tercemar oleh bakteria Listeriosis.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sekatan itu dilakukan oleh Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) selepas notis berkaitan pencemaran itu diterima kementerian dua hari lalu.
 
"Kita menerima notis daripada Pentadbiran Makanan dan Dadah (FDA) Amerika yang memaklumkan tentang insiden pencemaran itu dan difahamkan ia telah menyebabkan tiga kematian dan ramai yang sakit di Amerika dan Kanada," katanya.
 
Ismail Sabri berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan 'Program Servis Motosikal Pasca Banjir Parlimen Bera' di sini, hari ini.
 
Bagaimanapun, beliau berkata, kementerian tidak mempunyai bidang kuasa untuk menarik semula epal jenis itu yang telah berada di Malaysia, kerana ia melibatkan soal pemakanan di bawah Kementerian Kesihatan.
 
Isu berkaitan larangan pengambilan epal terbabit telah tersebar di laman sosial sejak beberapa hari lalu.
 
Malah sebuah portal media turut melaporkan bahawa penularan bakteria itu dikesan di sebuah pusat pemprosesan epal Bidart Bros dekat Bakersfield, California melibatkan epal yang disaluti karamel. - Bernama

sumber
http://www.sinarharian.com.my/nasional/epal-gala-granny-smith-dipercayai-tercemar-1.351397


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.