Khamis, 22 Januari 2015

Khamis, Januari 22, 2015
Treler Rempuh Honda Hingga Terbakar, Seorang Maut | Beberapa pengguna jalan raya hanya mampu menjerit meminta mangsa yang terperangkap dalam kereta yang terbakar mengucap syahadah.

Treler Rempuh Honda Hingga Terbakar, Seorang Maut

Ternyata api yang marak akibat pelanggaran dua kenderaan membabitkan kereta dan treler membawa muatan sisa bijih timah itu menyukarkan usaha untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.

Kejadian pada pagi Khamis itu berlaku apabila kereta yang dinaiki mangsa berlanggar dengan treler berkenaan di Kilometer 254.7 Lebuh Raya Utara Selatan arah Utara.

Kebakaran itu mengakibatkan mangsa yang berusia 34 tahun, Joeri Ramli, 34 rentung, manakala rakannya, Muhammad Nasrullah Abd. Ghaffar, 29 hanya cedera ringan.

Bagaimanapun, pemandu dan kelindan lori tidak mengalami sebarang kecederaan.

Jurucakap bomba berkata, pihaknya bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan itu pada pukul 9.26 pagi.

"Sebaik tiba di lokasi, kebakaran kereta sudah mencapai 95 peratus, manakala lori treler turut terbakar ke tahap 45 peratus.

"Operasi memadamkan kebakaran menggunakan dua aliran salur selesai pada pukul 12.10 tengah hari," katanya.

Operasi diketuai Pegawai Bomba Kanan, Shamsul Bahrin Aziz dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar.

"Siasatan awal mendapati ketika kejadian membabitkan kereta jenis Honda Civic yang dipercayai dirempuh dari belakang treler membawa muatan besi.

"Kereta mangsa diseret hingga ke laluan kiri sebelum terbakar. Pemandu lori dan kelindan serta penumpang kereta berjaya keluar dari kenderaan menyelamatkan diri, manakala mangsa yang tersepit gagal berbuat demikian dan rentung terbakar,"

Video kebakaran itu turut dirakamkan orang awam yang tidak mampu berbuat apa-apa kerana api marak dengan pantas. Video berkenaan menjadi viral di laman sosial. Al Fatihah buat allahyarham Joeri Ramli.




sumber
http://www.mstar.com.my/berita/berita-jenayah/2015/01/22/kemalangan-rentung/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.