Jumaat, 30 Januari 2015

Jumaat, Januari 30, 2015
Uzuman, Pemuda Pakistan Tetap Jaga Solatnya Walaupun Ketika Sertai Reality Tv | Uzuman atau istilah kita Osman seorang pemuda dari Pakistan menarik perhatian media sosial kerana sikap beliau yang tetap menjaga solat ketika dia sedang menyertai satu program realiti tv di Korea Selatan khas iaitu Invincible Youth.

Uzuman, Pemuda Pakistan Tetap Jaga Solatnya Walaupun Ketika Sertai Reality Tv


Menerusi video asal yang mengambil masa 1 jam 3 minit itu, Uzuman yang ketika itu sedang belajar di Korea telah dijemput menyertai program Invnicible Youth 2 khas utnuk pelajar asing yang belajar di Korea.

Apa yang menariknya ialah ketika program sedang berlangsung, Uzuman telah ditanya serba sedikit tentang Islam. Ye la...geng2 Kpop kan ramai yang tiada agama biarpun memalam penuh dengan lambang salib di pekan dan bandar utama mereka.

Uzuman menerangkan secara ringkas tentang ibadah puasa dan juga tentang larangan memegang wanita bukan muhrim dan juga solat.

Uzuman, Pemuda Pakistan Tetap Jaga Solatnya Walaupun Ketika Sertai Reality Tv

Pada satu ketika didalam bas, Uzuman meminta kebenaran untuk solat kerana waktu Asar telah pun masuk, dan menghormati permintaan Uzuman, pihak Invincible Youth berhenti seketika ditepi jalan bagi membenarkan Uzuman menunaikan solatnya sambil dirakam pihak mereka.

Alhamdulillah, Uzuman adalah contoh pemuda Islam yang tidak terleka dengan kejutan budaya dinegara Korea.

Pegangan hidupnya sedikit sebanyak mungkin membuka mata tentang Islam. Doakan kejayaan Uzuman, semoga ramai lagi pemuda Islam seperti Uzuman di dunia dan di Malaysia khasnya. Aminnn..

Seterusnya video dibawah....



0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.