Khamis, 1 Januari 2015

Khamis, Januari 01, 2015
Video Orang Ramai Selamat Mangsa Helikopter PDRM Yang Terhempas  | Diceritakan oleh Zuhasnan Abdullah

Video Orang Ramai Selamat Mangsa Helikopter PDRM Yang Terhempas

Allah hu rabbi...........

anda semua mungkin tidak akan percaya apa yang saya dan pasukan telah lalui hari ini !!

pada hari ini 31/12/2014 saya bersama pasukan dari persatuan balqis kota bharu telah menghantar misi bantuan kemanusian mangsa banjir di Kg Rambai Dalam , Tanah Merah Kelantan.

pada pukul 6.30 kelihatan Helikopter PDRM sedang membuat pusingan rendah untuk mengagih bantuan, sebelum hilang kawalan dan terhempas di hadapan kami pada jarak 50 meter !!

syukur Alhamdulilah, bersama kami adalah pasukan medik seramai 5 orang doktor yang bertungkus lumus berusaha menyelamatkan mangsa kejadian tersebut.



Alhamdulilah, kesemua anggota polis terdiri daripada 3 lelaki dan 1 perempuan berjaya diselamatkan. 2 anggota lelaki cedera parah di muka dan kaki.

sama2 kita doakan keselamatan mereka dan keselamatan negara kita agar terus dilindungi Allah SWT.

berikut adalah sedikit video saat cemas yang dirakamkan oleh saya semasa di tempat kejadian. diharapkan agar video ini tidak di manipulasikan oleh orang lain.-Zuhasnan Abdullah.


sumber
https://www.facebook.com/video.php?v=318222015050007


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.