Jumaat, 23 Januari 2015

Jumaat, Januari 23, 2015
Video Zamani, Bukan Polis Tapi Pihak Ketiga | Pihak polis mengeluarkan kenyataan yang video klip Zamani yang tersebar ketika dia ditahan polis tidak disebarkan oleh anggota polis, sebaliknya oleh pihak ketiga.

Video Zamani, Bukan Polis Tapi Pihak Ketiga

Perkara itu didedahkan Pengerusi Pertubuhan Sukarelawan Peguam Malaysia (SukaGuam), Datuk Khairul Anwar Rahmat yang memberitahu, pihak menyebarkan video berkenaan dipercayai adalah ahli keluarga anggota polis terbabit.

“Saya telah bertemu dengan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya dan beliau memberitahu, video itu dirakamkan oleh peminat (anggota polis) penyanyi terbabit dan penyebaran pula berlaku setelah video itu dipertontonkan kepada ahli keluarganya,” katanya ketika ditemui di Balai Polis Ampang Jaya, di sini hari ini.

Zamani Slam Di Tahan Miliki Dadah

Beliau memberitahu, pihaknya tidak menolak kemungkinan Zamani sedar dirinya dirakam anggota polis itu dan kemungkinan dia hanya mahu menghiburkan peminatnya sahaja.

sumber
http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/video-zamani-bukan-polis-tapi-pihak-ketiga-sebar-1.51471


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.