Sabtu, 24 Januari 2015

Sabtu, Januari 24, 2015
Video Zamani, Salah Tetap Salah - Ketua Polis Negara | Walaupun Zamani Slam telah memaafkan serta tidak mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap anggota polis yang mengambil dan menyebarkan video dia menyanyi dalam keadaan tangan bergari, Polis Diraja Malaysia (PDRM) tetap meneruskan siasatan dan memastikan pesalah dihukum.

Video Zamani, Salah Tetap Salah - Ketua Polis Negara

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata, adalah menjadi kesalahan kepada anggota polis yang membawa telefon bimbit dan mengambil video atau gambar sesuka hati tanpa keperluan yang khusus.

Katanya, hak asasi setiap tahanan perlu dijaga dan PDRM tidak akan bertolak ansur terhadap perbuatan yang dilakukan oleh mana-mana pegawai atau anggota PDRM yang didapati mengaibkan tahanan.

"Siasatan akan diteruskan bagi melengkapkan kertas siasatan sebelum membuat keputusan mengenai tindakan yang perlu diambil oleh PDRM kepada pesalah.

"Pada masa sama kita akan mengambil kira kenyataan Zamani yang memaafkan perbuatan berkenaan,"katanya ketika dihubungi malam ini.

Zamani Slam Maafkan Penyebar Video

Terdahulu, kenyataan Zamani yang memaafkan perbuatan berkenaan dimaklumkan abangnya, Zulfazil, 50, yang menemui penyanyi itu di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang, 3.30 petang tadi.

Justeru, tiada sebarang tindakan undang-undang akan diambil oleh Zamani dan keluarganya.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/25838


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.