Rabu, 21 Januari 2015

Rabu, Januari 21, 2015
Zamani Slam Di Tahan Miliki Dadah | Bekas vokalis sebuah kumpulan popular era 90-an ditahan polis tengah malam tadi kerana disyaki memiliki dadah jenis heroin seberat 1.2 gram.

Zamani Slam Di Tahan Miliki Dadah

Penyanyi itu yang berusia 43 tahun ditahan bersama seorang wanita berusia 32 tahun di Taman Keramat, Ampang kira-kira jam 12.30 tengah malam tadi setelah pihak polis bertindak hasil maklumat dadah yang diperoleh.

Pemeriksaan di bilik penyanyi berkenaan kemudiannya, polis menemui satu paket plastik disyaki dadah jenis heroin seberat 1.2 gram yang terletak di atas tilam di bilik berkenaan.

Hasil ujian air kencing, vokalis itu juga didapati positif dadah jenis morfin.

Zamani Slam Di Tahan Miliki Dadah

Penyanyi terbabit juga mengaku terbabit dalam aktiviti penagihan dadah jenis syabu dan heroin selama 10 tahun yang diperoleh daripada seorang pengedar di sekitar Hulu Kelang.

Kedua-dua yang ditahan itu akan disiasat mengikut Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.


Zamani Slam Di Tahan Miliki Dadah

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairuddin Saad mengesahkan tangkapan penyanyi berkenaan dan akan dibawa ke mahkamah hari ini untuk mendapatkan perintah reman.

Dalam pada itu, Mahkamah Majistret Ampang di sini pula membenarkan tahanan reman empat hari ke atas penyanyi itu dan teman wanitanya bermula hari ini.

sumber
http://www.bharian.com.my/node/30576


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.