Khamis, 29 Januari 2015

Khamis, Januari 29, 2015
Zamani Slam & Kekasih Mengaku Tidak Bersalah | Zamani Slam dan seorang wanita yang dipercayai kekasihnya dihadapkan ke mahkamah majistret Ampang pada Khamis atas tuduhan memiliki dan mengambil dadah.

Zamani Slam & Kekasih Mengaku Tidak Bersalah

Bagaimanapun Zamani dan Nur Juliana Abdul Rani, 32, mengaku tidak bersalah atau pertuduhan itu.

Terdahulu, kedua-duanya membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret, Ayuni Izzaty Sulaiman.

Kedua-dua tertuduh didakwa secara bersama memiliki dadah jenis heroin yang dianggarkan berat 1.20 gram di sebuah rumah di Jalan Enggang Timor Satu, Taman Keramat dekat sini, pada pukul 12.30 malam, 21 Januari 2015.

Zamani dan teman wanita dikenakan ikat jamin masing-masing sebanyak RM6,500 dengan seorang penjamin.

Mahkamah menetapkan 10 Mac depan untuk sebutan kes berkenaan.

Isu penahanan Zamani menjadi sensasi apabila videonya yang diarahkan menyanyi lagu Gerimis Mengundang dengan tangan bergari telah tersebar dan menjadi viral di Internet.

Berikutan itu pihak pengurusan polis telah mengambil tindakan tatatertib terhadap anggota polis yang terlibat merakam dan menyebarkan video berkenaan.

sumber
http://www.mstar.com.my/berita/berita-mahkamah/2015/01/29/zamani-mahkamah/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.