Sabtu, 24 Januari 2015

Sabtu, Januari 24, 2015
Zamani Slam Kini Bebas, Tempoh Reman Berakhir | Reman vokalis Kumpulan Slam, Zamani yang ditahan berkaitan satu kes dadah minggu ini, tidak disambung dan beliau telah dibebaskan dengan jaminan polis.

Zamani Slam Kini Bebas, Tempoh Reman Berakhir

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairuddin Saat mengesahkan perkara tersebut dan memberitahu Zamani dibebaskan selepas proses dokumentasi selesai sekitar pukul 9.45 pagi di Balai Polis Hulu Klang. 

Zamani dan rakan wanita ditahan kira-kira pukul 12.30 tengah malam, Rabu lalu kerana memiliki dan terbabit dengan dadah.

Video nyanyian ketika tangannya sedang bergari menjadi viral setelah disebar pihak tertentu. Tindakan itu kemudiannya dikecam ramai pihak.

Zamani bagaimanapun memaafkan penyebar dan tidak akan mengambil tindakan terhadap isu tersebut.

sumber
http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/zamani-bebas-reman-tidak-disambung-1.51846


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.