Jumaat, 23 Januari 2015

Jumaat, Januari 23, 2015
Zamani Slam Maafkan Penyebar Video  | Zamani Slam memaafkan pihak yang bertanggungjawab merakam dan menyebar video ketika dia disuruh menyanyi dalam keadaan tangan bergari baru-baru ini.

Zamani Slam Maafkan Penyebar Video

Abangnya, Zulfazil, 50, berkata, permintaan itu dilakukan Zamani sendiri ketika dia berjumpa dengan penyanyi itu di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang, di sini, 3.30 petang tadi.

“Dia takkan ambil apa-apa tindakan. Walaupun terkejut dengan keputusan Zamani tetapi saya bangga dengan tindakannya itu.

“Dia juga nampak sihat dan bersemangat kerana tahu ramai yang bersimpati dengannya berikutan kejadian itu,” katanya.

Zulfazil hadir ke IPD Ampang ditemani Presiden KARYAWAN Datuk Freddie Fernandez dan pengurus Zamani, Johan Aziz.

Zulfazil berkata, Zamani hanya tahu video berkenaan menjadi ‘viral’ selepas diberitahu Johan dalam pertemuan mereka.

Video Zamani, Bukan Polis Tapi Pihak Ketiga

“Ketika bertemu saya tadi, dia bertanya sama ada penyebaran video itu serius atau tidak. Saya katakan ia serius kerana sudah menjadi viral di Internet serta menerusi aplikasi WhatsApp,” katanya.

Zulfazil berkata, dia yang mewakili keluarganya juga tidak akan mengambil tindakan kerana menghormati keputusan Zamani itu serta menyerahkannya kepada pihak polis.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/25836


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.