Jumaat, 9 Januari 2015

Jumaat, Januari 09, 2015
Zizan & Emma Kembali Berkasih | Macam biskut kuning daa....Apapun tahniah ler sebab Zizan khabarnya telah berjaya menawan semula hati Emma Maembong setelah Emma meminta dan mengisytiharkan hubungan mereka putus.

Zizan & Emma Kembali Berkasih

Banyak versi dan punca tentang putusnya hubungan mereka. Namun, hanya mereka saja yang tahu apakah sebenarnya yang terjadi. Bahkan sebelum ini menerusi Twitter, Emma mempersoalkan kononnya dia tak bersetuju tentang pembelian kereta mewah tersebut.

"Pasal kereta? Adoi im not that stupid la. Kenapa tak berani nk cerita perkara sebenarnya?

Zizan & Emma Kembali Berkasih

Ada peminat melontarkan perkataan "Macam budok skoloh la mu Zang". Hurmm...budak sekolah tak budak sekolah ni cerita tentang hati dan perasaan...lagi pun bukan Zizan yang minta putus.kan...

Ferarri Kuning Punca Sebenar Emma Maembong Merajuk

Apapun Zizan pun pernah berkata yang dia telah banyak melakukan kesilapan semasa berhubungan dengan Emma selain cuba memenangi semula hati kekasihnya itu.....dan hasilnya menerusi laman Instagramnya Zizan memuatnaik gambar dan menulis,
"Alhamdulillah..terima kasih Allah..terima kasih doa doa yang baik dari anda semua..i love u sayang #loveu #missu
Nampaknya Zizan berjaya memujuk Emma kembali. Ramai yang gembira dengan berita tersebut dan mendoakan agar kedua-duanya cepat bertemu jodoh. Semoga lepas ni tak ada lagi putus sambung putus sambung ye Zizan....Aminn.

sumber
http://instagram.com/zizanrazak869/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.