Rabu, 7 Januari 2015

Rabu, Januari 07, 2015
Zizan Gagal Selesai Cara Baik, Sedia Naik Mahkamah | Zizan Razak kini dilaporkan telah bersedia untuk menghadapi perbicaraan membabitkan dirinya yang disaman oleh bekas pengurus peribadi, Marina Juki berikutan isu perlanggaran kontrak syarikat mereka Wire Fame Entertainment Sdn Bhd.

Zizan Gagal Selesai Cara Baik, Sedia Naik Mahkamah

Kata Zizan dia cuba selesaikan perkara itu dengan cara baik melalui proses mediasi bagaimanapun ia gagal mencapai sebarang persetujuan.

Oleh itu, perbicaraan penuh ditetapkan pada November ini di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

30 September 2014 yang lalu, Marina, 30, sebagai plaintif memfailkan saman terhadap Zizan atau nama sebenarnya Mohd Razizan Ab Razak, 30, berhubung perlanggaran kontrak.

Plaintif mendakwa pada 3 Mei 2011, dia bersama Zizan dan syarikat Wire Fame Entertainment Sdn Bhd menandatangani perjanjian dengan melantik Marina sebagai pengurus peribadi.

Emma Maembong Minta Zizan Putuskan Hubungan Cinta?

Melalui perjanjian itu plaintif mendakwa dia berhak ke atas 15 peratus daripada jumlah pendapatan Zizan selama empat tahun iaitu sehingga 2 Mei 2015.

Bagaimanapun plaintif mendakwa pada Mei 2014, pihak Astro mengesahkan Zizan di bawah pengurusan mereka dan kontrak bernilai RM2 juta tanpa persetujuan syarikat dan pengurus peribadinya.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/21956


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.