Khamis, 12 Februari 2015

Khamis, Februari 12, 2015
15 Ulasan Hasbullah Awang Yang Di Ingati | Allahyarham Datuk Hasbullah Awang merupakan antara lagenda pengulas sukan terbaik yang pernah dilahirkan di Malaysia dan mempunyai aura tersendiri dengan intonasi suara yang sangat menarik membuatkan kita menjadi seronok mendengar setiap ulasan daripada beliau.

15 Ulasan Hasbullah Awang Yang Di Ingati

Allahyarham pernah menghiburkan kita semua dengan ulasan-ulasan beliau yang mempunyai gaya tersendiri. Berikut adalah antara ulasan Allahyarham yang menjadi kenangan peminat-peminat sukan tanahair.


1. “Mungkin jaringan ini adalah hadiah ulangtahun beliau yang ke 25 tahun”

2. “Bersilat nampaknya Mat Yo di situ” – Piala AFF Suzuki

3. “Dia mengapung-apungkan badannya diudara, dan satu pukulan tajam lalu bulu tangkis terbenam didalam gelangang”

4. "Rashid terbang bagaikan kupu-kupu..." Piala Thomas 1992

5. “Bola masuk saya rasa, oh tidak, tidak, tidak. Maafkan saya saudara.”

6. “Penyokong Pahang membelah banjaran Titiwangsa untuk datang ke Stadium Bukit Jalil…” – Final Piala FA 2006

7. “Oh sayang...hanya ketepatan saja yg tidak menepati….. ”

8. “Nampaknya telah kelihatan bunga-bunga kekasaran dalam padang ketika ini, kita harapkan pemain dapat mengawal emosi”

9. “Manusia paling pantas dimuka bumi”

10. “Ahhhhh sayang peluang didepan gol dipersia-siakan oleh pemain yg berasal dari Kajang...bersekolah di Taiping dan di besarkan di Johor...mendapat 8A dalam SPM dan makanan kegemaran nasi ayam…”

11. “Safiq membawa bola.. oh maafkan saya .. Safee Sali di situ.. Safiq diseberang sanaa menanti bola”

12. “Satu rembatannn...ooo...terkena palang...sayang sekali...palang menjadi penghalang”

13. “Mereka berkampong di kawasan penalti”

14. “Kita ketahui pemain ini yang dianggap ayam tambatan sukar dicari... Dannnn goooolll, oh tidak bola muntah kembali”

15. “Bola dikaki Badrul Muhayat...oo maafkan saya Badrol Bakhtiar sebenarnya..Badrul Muhayat seorang pelakon.”

Terima kasih Datuk Hasbullah Awang. Para peminat sukan di Malaysia khasnya pasti akan merindui suara dan ulasan anda yang tentunya sukar dicari ganti.

Datuk Hasbullah Awang meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN), pada jam 12.20 tengah hari bersamaan 12 Februari 2015 pada usia 63 tahun.

Jenazah Allahyarham dibawa ke kediamannya di Bukit Naga, Shah Alam, pada siang tadi untuk dikebumikan hari ini juga. Al Fatihah.


sumber
http://www.astroawani.com/berita-sukan/antara-ulasan-hasbullah-awang-yang-menjadi-kenangan-53836


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.