Khamis, 12 Februari 2015

Khamis, Februari 12, 2015
Al Fatihah, Hasbullah Awang Meninggal Dunia : Astro Awani 501 menerusi laman Twitter rasmi mereka sebentar tadi melaporkan pengulas sukan terkenal tanahair, Datuk Hasbullah Awang telah meninggal dunia ketika menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).

Al Fatihah, Hasbulah Awang Meninggal Dunia

Sedikit info mengenai Datuk Hasbullah Awang:

Hasbullah Awang Meninggal Dunia


Datuk Hasbullah Awang merupakan seorang pengulas sukan termasyhur di Malaysia yang berkhidmat dengan Astro.

Beliau yang bertugas sebagai pengulas sukan bagi rangkaian Astro Arena sejak Januari 2014 setelah berhenti berkhidmat sebagai pengulas sukan di Radio Televisyen Malaysia.

Hasbullah memulakan tugas sebagai juruhebah radio di Radio 1, RTM.

Pernah menjadi pembantu mengendalikan program khas radio untuk kanak-kanak bersama Kak Yong.

Beliau lebih dikenali sebagai pengulas untuk acara-acara sukan tempatan mahupun luar negara.

Populariti beliau memuncak ketika zaman bola sepak Malaysia memasuki era Semi-Pro pada awal 1990-an.

Selain itu, allahyarham juga pernah menyumbangkan suara untuk filem Sumolah arahan Afdlin Shauki.


Dalam pada itu, Khairy Jamaluddin menerusi laman Twitter beliau turut mengucapkan takziah diatas pemergian Datuk Hasbullah Awang.

Al Fatihah...semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang -orang beriman dan beramal soleh. Amin.

sumber
rotikaya
wikipedia Hasbullah Awang


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.