Jumaat, 6 Februari 2015

Jumaat, Februari 06, 2015
Al Quran & Ayat Kursi Dalam Rumah Ibadat Bukan Islam Di Rampas | Sebuah bangunan menyerupai rumah ibadat bukan Islam di Taman Paya Rumput Jaya, Cheng, Melaka, didapati cuba mengelirukan masyarakat Islam setempat apabila menempatkan senaskhah al-Quran dan menggantung dua ayat Kursi dalam premis berkenaan.

Al Quran & Ayat Kursi Dalam Rumah Ibadat Bukan Islam Di Rampas

Naskhah al-Quran dan dua bingkai ayat Kursi itu ditemui dalam bangunan yang belum dapat dipastikan pemiliknya oleh anggota Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) yang bertindak bersama Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) yang melakukan pemeriksaan pagi, semalam.

Malah, lebih mengejutkan apabila bangunan itu seolah-olah menjadi lokasi aktiviti pemujaan dengan wujudnya struktur kubur dan enam batu dibalut kain kuning selain colok dan tempat membakar lidi yang kebiasaannya digunakan penganut bukan Islam.

Al Quran & Ayat Kursi Dalam Rumah Ibadat Bukan Islam Di Rampas

Ketua Penguat Kuasa JAIM Rahimin Bani berkata, pihaknya melakukan pemeriksaan di bangunan itu kira-kira jam 8.30 pagi, semalam.

"Bangunan seluas kira-kira 3.048 meter x 2.438 meter persegi itu mempunyai pintu pagar untuk ke ruang yang mempunyai struktur seperti kubur dan pihak kami menemui dua bingkai ayat Kursi dengan salah satunya mengandungi terjemahan dalam bahasa Melayu tergantung di dinding.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/28622


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.