Isnin, 23 Februari 2015

Isnin, Februari 23, 2015
Amuk Samseng Kerana Mee Pedas | Bukan saja tidak membayar makanan yang dipesan, sekumpulan lelaki bertindak samseng apabila merosakkan pelbagai peralatan di sebuah restoran di Taman Danau Kota, Setapak, petang semalam.


Amuk Samseng Kerana Mee Pedas


Dalam kejadian jam 2 petang, kumpulan suspek membabitkan lima orang berusia 20-an termasuk dua wanita.

Menurut pengurus restoran, Jowhar Ali Mk Mohamed Ishack, 48, sebelum kejadian pekerjanya sudah menunaikan tiga kali permintaan seorang suspek supaya menyediakan mi tidak pedas.

“Namun, dia masih lagi tidak berpuas hati dan mengatakan semua mi itu pedas sebelum meminta lagi buat kali keempat, menyebabkan pekerja saya enggan memenuhi permintaan itu,” katanya.

Menurutnya, semua suspek datang ke restoran itu sejak dari jam 11 pagi dan duduk di meja paling hadapan.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/32442#sthash.4LjqVaz8.dpuf


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.