Jumaat, 27 Februari 2015

Jumaat, Februari 27, 2015
Anak Jeckie Chan Potong Rambut Tanda Berubah | Anak Jackie Chan, Jaycee yang baru saja dibebaskan dari penjara kerana penyalahgunaan dadah telah mengambil langkah positif untuk berubah menjadi lebih baik.

Anak Jeckie Chan Potong Rambut Tanda Berubah

Menerusi akaun sosial Weibo miliknya, Jaycee telah memuatnaik foto Jackie Chan (bapanya) yang sedang memotong rambut beliau sambil tersenyum, manakala gambar kedua pula menunjukkan gaya rambut barunya.

Tindakan ini dikatakan simbolik dirinya yang ingin berubah dan seterusnya keluar daripada episod hitam yang pernah melanda dirinya.

Para peminat Jaycee turut memberikan kata-kata positif dengan tindakannya ini dan memberikan sokongan moral.

Untuk rekod, Jaycee telah dijatuhkan hukuman penjara enam bulan kerana melindungi individu yang terlibat dalam penggunaan dadah selepas polis menjumpai 100 gram marijuana di rumahnya, tahun lalu.

sumber
http://mediahiburan.karangkraf.com/trending/anak-jackie-chan-potong-rambut-simbolik-berubah-1.364032


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.