Selasa, 10 Februari 2015

Selasa, Februari 10, 2015
Anwar Ibrahim Di Penjara 5 Tahun, Khalid Ibrahim Bagi Nasihat | Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menasihati keluarga Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim khususnya isteri serta anak-anaknya supaya tabah menerima keputusan yang dikeluarkan oleh Mahkamah Persekutuan yang diumumkan hari ini.

Anwar Ibrahim Di Penjara 5 Tahun, Khalid Ibrahim Bagi Nasihat

Kata Abdul Khalid menerusi laman mikro Twitternya, beliau menyifatkan apa yang berlaku adalah ujian dari  ALLAH terhadap Anwar dan keluarganya.

“Saya berdoa kepada ALLAH semoga keluarga Anwar diberi kekuatan dalam menempuh dugaan yang mencabar ini,” katanya seperti yang dipetik menerusi posting tersebut.

Mahkamah Persekutuan sebentar tadi memutuskan Anwar bersalah dan dikenakan hukuman penjara 5 tahun kerana meli-wat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, tujuh tahun lalu.

Keputusan sebulat suara yang dibacakan Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria itu menolak rayuan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Bagimanapun, mahkamah ditangguhkan sejam bagi pihak pendakwaan mengemukakan hujahan berhubung hukuman terhadapnya.

Arifin membacakan keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

sumber
http://www.sinarharian.com.my/semasa/khalid-ibrahim-nasihat-keluarga-anwar-1.358858


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.