Isnin, 23 Februari 2015

Isnin, Februari 23, 2015
Arif, Bekas Pengurus Nafi Tipu Duit Tegar | Baru-baru ini agak kecoh kisah penyanyi cilik dari seberang, Tegar yang dikatakan telah kali kedua menjadi mangsa penipuan pengurusnya. sendiri hingga kembali menjadi pengemis jalanan.

Arif, Bekas Pengurus Nafi Tipu Duit Tegar

Agak pelik juga, takkan sekejap betul hasil nyanyian Tegar habis hingga dia kembali menjadi pengemis sedangkan dia telah pun mempunyai nama dinegaranya sendiri bahkan juga dinegara luar.

Arif Dollah,30, selaku bekas pengurus kedua Tegar tampil menafikan dakwaan dia telah menipu duit Tegar. Dia yang telah menganggap Tegar sebagai adiknya sendiri berkata,"Bagi saya senang saja, kalau betullah saya tipu dan guna duit dia, kenapa mereka tak laporkan saja hal itu kepada pihak berkuasa? Kita hidup dalam negara yang ada undang-undang, kenapa tak laporkan kepada polis kalau betul saya buat begitu? Saya tak bimbang dan untuk apa saya patut rasa takut jika betul saya tak buat salah.

Arif, Bekas Pengurus Nafi Tipu Duit Tegar

Arif juga mendakwa campur tangan bapa tiri Tegar dalam membuat keputusan membuatkan dia terpaksa berhenti menjadi pengurus Tegar.

"Selepas persembahan di IB tempoh hari saya ada berbisik kepada Tegar yang saya mahu berhenti atas sebab-sebab tertentu. Tetapi keluarga, pihak syarikat rakaman dan Tegar sendiri bersungguh-sungguh memujuk saya supaya jangan berhenti dan terus bekerja menguruskan dia.

"Cuma saya terkilan apabila pada hujung bulan lepas saya dihubungi oleh bapa tiri Tegar yang mengatakan mereka tidak perlukan saya lagi tanpa memberi penjelasan kukuh walaupun saya minta mereka berbuat demikian. Saya tak boleh berbuat apa, terima saja dan hidup ini perlu diteruskan."

Arif, Bekas Pengurus Nafi Tipu Duit Tegar

Arif juga berasa sedih apabila ada pihak cuba memburukan namanya sedangkan setahun lebih dia menjaga, mendidik dan memberi makan Tegar bahkan selama ini menganggap Tegar sebagai adiknya sendiri,

"Sebagai orang yang bertanggungjawab menjaga Tegar selama setahun lebih, bukan setakat menguruskan dia, mendidik dia, jaga makan minum dia selama ini. Adakah saya tergamak nak menganiaya dia yang saya anggap seperti adik sendiri?

"Kerja yang saya lakukan sepanjang bersama-sama Tegar bukan cuma dalam skop seorang pengurus sahaja. Bukan nak mengungkit tetapi saya rasa tak adillah apabila orang tuduh saya sebegitu rupa sedangkan saya tak buat perkara tersebut.

"Saya sedih dengan hal ini. Tapi saya tak salahkan Tegar kerana saya tahu, dia seorang yang sangat menghormati orang tuanya. Apapun keputusan ibu dan ayahnya, dia akan ikut. Saya pun sudah tak jaga (urus) dia lagi sekarang selepas berhenti pada hujung bulan lepas."

Arif, Bekas Pengurus Nafi Tipu Duit Tegar
Arif, Bekas Pengurus Nafi Tipu Duit Tegar
Arif, Bekas Pengurus Nafi Tipu Duit Tegar

sumber
http://www.utusan.com.my/hiburan/arif-nafi-tipu-tegar-1.62258


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.