Khamis, 5 Februari 2015

Khamis, Februari 05, 2015
Bukti: Ismail Sabri Terima Ugutan Bunuh | Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerima ugutan bunuh gara-gara tindakannya menyeru pengguna memboikot segelintir peniaga Cina tamak yang enggan menurunkan harga barangan selaras dengan penurunan harga minyak.

Bukti: Ismail Sabri Terima Ugutan Bunuh

Ugutan bunuh yang dibuat menerusi laman media sosial Facebook oleh beberapa individu dalam tulisan Cina itu dipercayai dilakukan oleh mereka yang tidak berpuas hati dengan saranan menteri itu pada 2 Februari lalu.

Selain membuat ugutan bunuh, individu terbabit turut mengeluarkan kenyataan-kenyataan berbaur perkauman terhadap kaum Melayu ekoran marah dengan saranan boikot itu.

Antara kenyataan ugutan dalam bahasa Cina itu berbunyi: “Kau ingat kau boleh hidup ke macam ini”, “Cincang dia tipis-tipis” dan “Hari itu naikkan harga petrol sekarang turunkan pula tapi salahkan kita. Mari kita bunuh dia”.

Bagaimanapun, sejak isu boikot peniaga tamak itu, tinjauan ke atas laman Facebook milik Ismail Sabri mendapati ramai pengguna laman sosial itu tampil menyatakan sokongan ke atas menteri itu termasuk mewujudkan akaun Facebook Kami Semua Ismail Sabri.

Berikutan itu, Ismail Sabri semalam menulis dalam Facebook beliau mengucapkan terima kasih dan menghargai semua pihak yang menyokongnya yang ketika ini berhadapan kontroversi tersebut.

sumber
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0205&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz3Qpyzn1si


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.