Selasa, 10 Februari 2015

Selasa, Februari 10, 2015
Cacing Besar Keluar Dari Bangkai Labah-Labah | Ketika anda ternampak suatu makhluk asing keluar dari badan labah-labah yang anda baru sahaja bunuh, anda ada dua pilihan; bunuh ia atau lari.

Cacing Besar Keluar Dari Bangkai Labah-Labah

Dalam satu video yang dimuatnaik ke Youtube, seekor 'cacing alien' keluar dari badan seekor labah-labah yang dibunuh perakam video tersebut, Baskwith2.

Cacing tersebut berukuran 15 kali ganda panjang dan sama besar dengan saiz abdomen labah-labah berkenaan.

Seramai 4.5 juta pelayar melihat video tersebut dan salah satu maklum balas ialah "Bunuh ia dengan api!"

Cacing Besar Keluar Dari Bangkai Labah-Labah

Menurut Dailymail UK, cacing tersebut adalah parasit Mermithid Nematode, yang sering ditemui di dalam badan serangga 'Anthropod' seperti labah-labah dan ketam.

Parasit tersebut kebiasaannya akan memakan isi dan organ perumahnya dan menjadi semakin besar.

Saksikan video tersebut dibawah..



sumber
http://www.sinarharian.com.my/global/cacing-alien-keluar-dari-labah-labah-1.358527


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.