Selasa, 10 Februari 2015

Selasa, Februari 10, 2015
Caliph Buskers Nafi Mulai Sombong | Kini timbul dakwaan Caliph Buskers mulai sombong apabila bersikap memilih projek ditawarkan setelah muncul di pentas Anugerah Juara Lagu 29 (AJL 29) bersama Mojo.

Caliph Buskers Nafi Mulai Sombong


Terang Khairul Azmi Saat yang juga vokalis kumpulan tersebut, mereka tak pernah berubah dan masih satu kumpulan muzik jalanan seperti mana sebelum ini malah tetap menerima jemputan mengadakan persembahan di majlis perkahwinan.

"Kami masih seperti dahulu. Tiada apa yang berubah apatah lagi untuk bersikap memilih terhadap jemputan yang dibuat kepada kami.

"Selain persembahan jalanan dan jemputan beberapa acara hiburan kami masih menerima undangan persembahan di majlis perkahwinan dan tiada sebab mengapa kami perlu menolak," katanya.

Azmi juga berharap gosip berkenaan tidak membuatkan pihak yang ingin mengundang mereka mengadakan persembahan berasa takut kerana mereka tidak bersikap memilih.

"Kami adalah kumpulan buskers dan mencari kekayaan bukan tujuan utama kami. Gosip sebelum ini diharap tidak akan membuatkan ada pihak berfikir dua kali untuk menjemput kami.

"Apa yang penting kami dapat menghiburkan masyarakat dengan muzik dan akan memberikan yang terbaik," ujarnya.

Sementara itu, Azmi berkata, dia tidak terkilan apabila ada cakap-cakap sedemikian terhadap Caliph Buskers kerana ia tidak pernah mematahkan semangat mereka untuk terus mengejar cita-cita dalam bidang muzik.

Malah kata Azmi, sokongan yang diterima daripada peminat sudah cukup untuk mematahkan kata-kata negatif tersebut dan sentiasa mengenang jasa mereka yang banyak membantu sehingga ke tahap ini.

"Cerita berkenaan tidak melemahkan kami dan ia hanya perkara kecil. Pada yang mengenali kami mereka tahu itu bukan sikap Caliph Buskers.

"Kami bersyukur kerana ada penyokong dan peminat yang sentiasa mendoakan kebaikkan untuk kami dan itu membuatkan kami terus bersemangat untuk terus menghiburkan masyarakat," jelasnya.

#Haissshh...mcm2 la derang nih....admin percaya CB masih spt dulu..

sumber
http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2015/02/10/caliph-sangkal-sombong/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.