Khamis, 26 Februari 2015

Khamis, Februari 26, 2015
Dayana Belum Sedia Nikahi Muslim Ahmad | Dayana Roza, 24, belum merancang untuk berkahwin dengan kekasihnya yang juga pemain bola sepak kebangsaan dan PDRM, Muslim Ahmad.

Dayana Belum Sedia Nikahi Muslim Ahmad

Pelakon filem Zombi Kilang Biskut dan Apokalips X ini berkata, dia lebih selesa urusan jodoh ditentukan Allah SWT dan sebagai hamba-Nya, mereka hanya mampu merancang.

Katanya, hubungan mereka setakat ini tidak ada masalah namun tidak mahu terlalu menghebohkannya.

“Biarlah peminat lebih mengenali dan menerima saya melalui bakat lakonan, bukannya bersandar pada kisah peribadi dan percintaan saja,” katanya.

Dayana Belum Sedia Nikahi Muslim Ahmad

Dayana juga masih menaruh harapan untuk mendapatkan peluang berlakon watak utama untuk slot popular di stesen TV.

“Saya perlu giatkan usaha dan tidak gentar dan jemu untuk terus mencuba,” katanya.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/33086#sthash.DaNpzF3G.dpuf


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.