Rabu, 25 Februari 2015

Rabu, Februari 25, 2015
Di Gelar Wanita KeTiga Terkaya Malaysia, Siti Nurhaliza Akui Bimbang Keselamatan | Datuk Siti Nurhaliza Tarudin menerusi pihak media mengakui bimbang akan keselamatannya ekoran laporan tidak benar yang mendakwa beliau sebagai wanita ketiga terkaya di Malaysia.


Di Gelar Wanita KeTiga Terkaya Malaysia, Siti Nurhaliza Akui Bimbang Keselamatan


Siti Nurhaliza yang tidak selesa dengan dakwaan itu menegaskan kekayaannya yang dianggarkan berjumlah RM50 juta adalah tidak benar.

Namun beliau masih tetap dengan impiannya untuk menjadi wanita terkaya di negara ini.

“Saya terkejut dengan laporan berkenaan kerana saya belum sampai ke tahap itu. Namun, saya sentiasa berdoa untuk menjadi wanita terkaya kerana itu impian saya dan saya masih berusaha ke arah itu.

“Laporan itu tidak benar dan saya tidak pasti sejauh mana kesahihannya. Saya tidak selesa kerana andaian yang tidak benar boleh membangkitkan isu keselamatan,” tegas Siti Nurhaliza ketika ditemui pada majlis Anugerah MeleTOP Era 2015 di Stadium Putra, Bukit Jalil di sini baru-baru ini.


Di Gelar Wanita KeTiga Terkaya Malaysia, Siti Nurhaliza Akui Bimbang Keselamatan

Baru-baru ini, sebuah portal yang dikenali sebagai Savemoney.com mengeluarkan artikel yang menyenaraikan lima wanita terkaya di Malaysia untuk tahun 2015. Siti Nurhaliza berada di tangga ketiga.

sumber
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0225&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.