Rabu, 4 Februari 2015

Rabu, Februari 04, 2015
Eina Azman Bukan Punca Pisah Suami & Keluarga | Majlis resepsi Datin Paduka Eina Azman dan Datuk Paduka Kaiser Gurmeet telah pun selesai dengan berjaya mencatat kenangan kepada kedua pasangan tersebut.

Eina Azman Bukan Punca Pisah Suami & Keluarga

Kehadiran keluarga suami Eina turut memeriahkan majlis tersebut, namun begitu rupa-rupanya ada kontroversi yang sedang bertebaran di laman sosial.

Seorang wanita, yang mendakwa dirinya adik kepada Kaiser Gurmeet memaklumkan dirinya tidak mendapat jemputan untuk majlis tersebut, sekaligus menyatakan yang Eina Azman cuba memutuskan hubungan adik beradik antara dirinya dan Datuk Paduka Kaiser Gurmeet.

Eina Azman Bukan Punca Pisah Suami & Keluarga

Menggunakan nama agishwagill di Instagram, pemilik akaun tersebut begitu aktif memberikan komen di hampir setiap gambar majlis persandingan Eina Azman dan Datuk Paduka Kaiser Gurmeet.

Menurut agishwagill, dirinya tidak mendapat jemputan kerana Eina menuduh dirinya menggunakan perkataan kasar terhadap Eina dan ibunya.

Eina Azman Bukan Punca Pisah Suami & Keluarga

Malah agishwagill turut memuatkan beberapa keping gambar di akaun Instagramnya untuk meluahkan rasa tidak puas hati terhadap perbuatan Eina Azman. agishwagill juga memohon Eina agar tampil dengan bukti perbuatannya.

Suami beri jawapan

Menyedari isu itu kian berlarutan, suami Eina Azman, Datuk Gmix berkata yang kesemua adik beradiknya hadir ke majlis resepsi tersebut kecuali dua orang adik beradik perempuan yang memang tidak diundang kerana kurang senang dengan perkahwinan itu.

Eina Azman Bukan Punca Pisah Suami & Keluarga
Lihat saja tulisan agishwagil

“Saya tak pernah menjemput mereka berdua kerana mereka membenci Islam dan memaksa saya untuk kembali ke agama Sikh. Saya tahu apa yang saya pilih dan saya pilih Islam. Ibu dan ayah saya sudah membeli baju untuk hadir (ke resepsi) namun ianya dihalang oleh dua beradik itu”

“Ibu saya bercakap kepada saya dan menangis. Saya akan bawa mereka ke muka pengadilan (mahkamah) tidak lama lagi,” tulisnya menjawab soalan seorang individu.

Eina Azman Bukan Punca Pisah Suami & Keluarga

Selepas penjelasan dari Datuk Gmix ini harapnya peminat tidak lagi berspekulasi mengatakan Eina Azman sengaja memecah belahkan hubungan keluarga suami beliau dan mungkin adik beradik pihak lelaki boleh lebih dibawa berbincang selepas ini.

Eina Azman Bukan Punca Pisah Suami & Keluarga

sumber
http://www.rotikaya.com/eina-azman-pisah-suami-dari-keluarga/
http://beautifulnara.com/eina-azman-didakwa-cuba-musnahkan-hubungan-adik-beradik-suaminya/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.