Jumaat, 27 Februari 2015

Jumaat, Februari 27, 2015
Emma Maembong & Zizan Dah Lama Putus, Kesal Kenyataan Mamat Khalid | Kali kedua rasanya Emma Maembong memberitahu media yang hubungannya dengan Zizan Razak telah putus...Perkara tersebut diluahkan Emma Maembong sendiri ketika disoal media berikutan isu mengenai dirinya yang tidak hadir pada majlis tayangan perdana filem Werewolf Dari Bangladesh arahan Mamat Khalid.

Emma Maembong & Zizan Dah Lama Putus, Kesal Kenyataan Mamat Khalid

“Sebenarnya saya dan Zizan sudah lama tidak ada apa-apa hubungan cinta iaitu sebelum saya umum kepada media hingga sekarang. Kami tidak pernah sambung semula hubungan itu seperti yang diberitahu kepada umum”

“Cuma kami masih berhubungan sebagai kawan dan saya masih lagi sokong dia dalam bidang seni, tetapi ia tidak sama seperti dulu lagi”

“Saya malas untuk keluar kenyataan apa-apa sahaja kerana apa yang saya katakan mesti salah di mata orang. Orang akan tuduh saya seperti budak-budak dan bersikap tidak matang,” jelas Emma mengakhiri teka teki mengenai status hubungan mereka.

Zizan & Emma HILANG, Mamat Khalid Redha

Dalam pada itu, Emma juga enggan mengambiltahu lagi kisah terkini Zizan yang dikatakan rapat dengan orang kuat sebuah stesen televisyen.

"Saya tidak mahu ambil tahu dan biarlah dia lakukan terbaik buat dirinya dan selesaikan hal itu sendiri. Kalau saya komen lebih-lebih peminat dia akan serang saya di laman sosial. Orang ramai tetap menyalahkan saya juga.

"Tentang wanita itu, hmmm... yelah mungkin benar lah kot kata mereka, sentiasa ke mana-mana bersama kerana ada urusan kerja yang penting untuk diselesaikan."

Ibu Zizan Sedih Anak Di Fitnah Teruk

Sementara itu, Emma juga turut terkejut dengan tindakan pengarah Mamat Khalid berkaitan dirinya yang tidak dapat hadir pada hari tayangan perdana.

“Saya terkejut apabila membaca berita itu, ketika pihak produksi memberitahu tentang tayangan filem itu, saya sudah menjelaskan bahawa saya sedang menjalani penggambaran di Langkawi pada tarikh yang diberikan itu, malah saya telah meminta pihak produski drama Isteri Separuh Masa untuk melepaskan saya sekejap pada hari itu, namun tidak dibenarkan”

“Saya meminta pihak abang Mamat sendiri iaitu isterinya berbincang dengan produksi drama supaya membenarkan saya untuk balik sekejap dan hadir ke majlis itu”

“Saya sangat sedih bila dia tidak jelaskan perkara sebenarnya yang berlaku sedangkan mereka sudah tahu tentang perkara itu awal-awal lagi,” katanya.

Bila perkara itu juga tidak berjaya, saya minta agar tarikh tayangan itu ditunda hari ini (Jumaat) kerana penggambaran sudah abis tetapi mereka tidak mahu.

Saya sangat sedih bila dia tidak jelaskan perkara sebenarnya yang berlaku sedangkan mereka sudah tahu tentang perkara itu awal-awal lagi.

Itu filem pertama saya berlakon dan sudah tentu saya sangat teruja untuk menontonnya walaupun ketika itu saya belum berhijab.

sumber
http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2015/02/27/emma-maembong-kesal/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.