Khamis, 5 Februari 2015

Khamis, Februari 05, 2015
Ezad Exist Mengaku Salah Miliki Syabu | Penyanyi kumpulan Exist, Ezad Lazim mengaku salah memiliki dadah jenis syabu seberat 0.30 gram pada 19 November tahun lalu.

Ezad Exist Mengaku Salah Miliki Syabu

Pengakuan Ezad dibuat dihadapan Majistret Nurul Izzah Hassan Basri di Mahkamah Majistret Selayang.

Pertuduhan pula dibacakan oleh pendakwa raya, Arunjothy dan Ezad tidak diwakili peguam.

Ezad Exist Mengaku Tak Bersalah

Bagaimanapun Nurul Izzah menetapkan 10 Februari ini bagi menjatuhkan hukuman bagi kesalahan tersebut.

Siasatan kes tersebut dibuat mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan 15 (1) (a) akta yang sama.

Ezad Exist Mengaku Salah Miliki Syabu

Ezad yang berasal dari Alor Setar, Kedah ditangkap berhampiran Kompleks Selayang Mall kira-kira pukul 1.30 petang pada 19 November tahun lalu dengan dia menggenggam satu paket syabu pada tangan kirinya.

Hasil pemeriksaan air kencing penyanyi itu juga mendapati dia positif dadah jenis syabu.

Penyanyi itu sebelum ini pernah menyertai Exist pada 1995, dan telah merakam sebanyak enam buah album bersama kumpulan tersebut sebelum meneruskan kerjaya solo.

Ezad Exist Mengaku Salah Miliki Syabu

Ezad juga pernah membintangi beberapa buah filem terbitan Metrowelth International Group (MIG) termasuk Mami Jarum bersama aktres Zahida Rafik.

Terdahulu menerusi kosmo, Ezad pernah mengaku menjadi hamba dadah selama 6 tahun dan dia menyesal akan perbuatannya itu.

sumber
http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2015/02/05/ezad-mengaku-salah/
http://instagram.com/ezadlazim


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.