Khamis, 5 Februari 2015

Khamis, Februari 05, 2015
1
Gambar & Video: Ferarri F430 Terbakar | Seorang lelaki dan wanita berusia 30-an terselamat selepas kereta mewah Ferrari model F430 berharga lebih RM1.5 juta itu tiba-tiba terbakar ketika melalui Jalan Rakyat (Jalan Travers), Bangsar, petang semalam.

Gambar & Video: Ferarri F430 Terbakar

Di percayai, kebakaran bermula dari bahagian enjin kereta berkenaan sebelum merebak sehingga ke bahagian pemandu.

Mangsa yang menyedari asap mulai keluar bergegas keluar dari kenderaan berkenaan sebelum pasukan bomba tiba.

Gambar & Video: Ferarri F430 Terbakar

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pantai, Pegawai Kanan Bomba II Isyarudin Ishak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu, 6 petang tadi.

"Enam anggota dengan sebuah jentera terbabit dalam operasi ini.

"Ketika sampai di lokasi, pihak kami mendapati api sedang marak dari bahagian belakang kenderaan sebelum api berjaya dipadamkan dalam tempoh lima minit," katanya ketika ditemui di lokasi.

Gambar & Video: Ferarri F430 Terbakar

Gambar & Video: Ferarri F430 Terbakar
Ferarri F430 Terbakar

Menurutnya, tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu dan punca sebenar kebakaran masih lagi dalam siasatan.




sumber
http://www.hmetro.com.my/node/28592#sthash.ME5hdvqw.dpuf


1 comments:

  1. Get a wide range of ferarri videos and ferarri reaction videos. Are you intrested in super cars videos then
    we have a wide range of super car videos for you.Best ferrari stunt videos are exotic cars are main part of our channel

    BalasPadam

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.