Khamis, 5 Februari 2015

Khamis, Februari 05, 2015
Hafiz Suip Masuk Hospital, Sakit Tulang Belakang  | Empat hari lepas, Hafiz Suip dimasukkan ke sebuah hospital di Subang Jaya kerana masalah sakit tulang belakang (slipped disc).

Hafiz Suip Masuk Hospital, Sakit Tulang Belakang

Perkara tersebut dimaklumkan sendiri penyanyi lagu Matahari itu di laman Instagramnya.

Tambah Hafiz lagi, doktor menyarankan beliau untuk berehat selama seminggu sebelum meneruskan segala aktiviti termasuk kerjaya seninya.

"Hal ini terjadi ketika saya bermain futsal baru-baru ini. Saya banyak buat aktiviti berat dan lincah juga. Doakan saya cepat sembuh," katanya ringkas yang kali terakhir terbabit di arena seni menerusi program Mentor Legend di TV3.

Ditanya mengenai pencalonan awal kategori Penyanyi Lelaki Popular Anugerah Bintang Popular BH 2014, Hafiz yang cukup sinonim dengan kategori berkenaan terus mengharapkan sokongan tidak berbelah bahagi daripada peminatnya.

"Kepada peminat yang mengundi saya terima kasih," katanya.

Hafiz Suip Masuk Hospital, Sakit Tulang Belakang

Hafiz juga dijangka melangsungkan pertunangan pada 27 Februari ini di Hotel Pullman, Kuching dengan gadis yang dikenali sebagai Effy.

Sempat ditanya bila pula beliau akan melangsungkan perkahwinan dengan Effy, Hafiz berharap semuanya dipermudahkan.

"Insya-Allah. Kita sama-sama doakan yang terbaik," katanya yang enggan mendedahkan bila bakal berkahwin.

sumber
http://www.bharian.com.my/node/33120


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.