Isnin, 9 Februari 2015

Isnin, Februari 09, 2015
Ibu Kumpulan Zero Pengsan Selepas Melihat Anaknya Juara MLM2014 | Ibu kumpulan pelawak Zero dilaporkan pengsan sejurus selepas terkejut melihat kemenangan anaknya di rumah mereka di Kudat. Emaknya yang menonton rancangan itu secara LIVE bersama penduduk kampung yang lain jelas sekali terkejut bila Zero diumumkan sebagai pemenang.

Ibu Kumpulan Zero Pengsan Selepas Melihat Anaknya Juara MLM2014

Ibu kumpulan Zero dibantu oleh penduduk kampung selepas pengsan melihat Zero diumumkan sebagai pemenang.

Juara MLM 2014, kumpulan Zero memberitahu bahawa hasil wang kemenangan mereka yang bernilai RM 500,000 itu akan menghantar ibu mereka untuk menunaikan haji di Mekah, dan seterusnya akan digunakan untuk membuat rumah dan selebihnya akan digunakan untuk perkahwinan Syaiful atau ‘Melati’.

“Ada tiga perkara yang akan dibuat iaitu akan hantar emak menunaikan Haji di Mekah. Kedua mahu membuat rumah dan ketiga mungkin digunakan untuk persiapan perkahwinan Syaiful,” kata Sharif sambil berseloroh.

Sharif turut menafikan kisah kehidupan mereka 3 beradik dijadikan sebagai taruhan untuk memancing pengundi. Baginya mereka sekiranya tidak bergelar juara, mereka tetap akan menunaikan hajat keluarga.

“Benda ini semua rezeki. Tak kira kalau dapat nombor berapa atau tersingkir sekali pun kami tetap mahu tunaikan hajat buat keluarga,” tambahnya.

Namun Zero membuat persembahan yang cukup luar biasa. Mereka tangkas beraksi dengan patung singa, kemudian mereka kejutkan penonton dengan kisah lawak, muzikal, emosi dan tangisan pada persembahan kedua. Memang Zero layak bergelar juara MLM 2014.

sumber
http://www.tv14.my/2015/02/07/emak-zero-pengsan-lihat-anaknya-menang-mlm2014/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.