Isnin, 9 Februari 2015

Isnin, Februari 09, 2015
2
Isteri Mengamuk Gara-Gara Suami Tekan Like di Media Sosial | Hanya kerana si suami menekan butang ‘like’ pada gambar perempuan cantik di laman Instagram, seorang wanita telah mengamuk di ruangan komen gambar perempuan tersebut.

Isteri Mengamuk Gara-Gara Suami Tekan Like di Media Sosial

Gambar yang dimuat naik melalui akaun Instagram milik MSU University itu memaparkan aksi beberapa mahasiswi institut pengajian tinggi (IPT) berkenaan yang menyertai aktiviti berbasikal.

Foto itu menjadi ‘hangat’ apabila seorang wanita yang secara tiba-tiba muncul dengan komen “Abang like?”

Dipercayai suami kepada wanita itu telah menekan butang ‘like’ pada gambar berkenaan yang mencetuskan rasa marah wanita tersebut dan akhirnya mengamuk di ruangan komen.

Berikut adalah petikan dari komen wanita berkenaan.

“Abang memang suka kan ‘like‘ betina-betina gedik budak IPT macam ini, miang punya jantan!! Ingat bini kat umah bang.

“Perangai kau ni memang tak berubah kan? Suka betina gedik macam ni, better kau buang like kau itu sebelum aku mengamuk lebih teruk!!.

“Dasar kaki betina!!,” tulis wanita itu tanpa memperdulikan orang lain. Komen wanita itu telah di screenshot dan disebarkan di laman Facebook.

Rata-rata pengguna laman mikro menyifatkan wanita itu terlalu mengongkong suami dan tindakannya juga hanya memalukan wanita lain.

#Apa punya bini daa...mende mcm ni pun nak kecoh tak tentu arah...

sumber
http://bm.therakyatpost.com/viral/2015/02/06/isteri-mengamuk-si-suami-tekan-like-di-instagram/


2 comments:

  1. Rasanya saya faham perempuan ni sbb suami saya pun sama. Mengorat pompuan d FB, menegur perempuan2 muda, padahal dia da tua bangka. Bila kene maki d FB ole awek. Dia amek jalan yg paling selamat. LIKE awek cun muda, nak mengorat da x berani hehe

    BalasPadam
  2. Maybe suami pernah curang. Hmmm...

    BalasPadam

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.