Rabu, 18 Februari 2015

Rabu, Februari 18, 2015
Isu Sebar Gambar: Azwan Ali Buat Laporan Polis | Azwan Ali telah membuat laporan di Balai Polis Taman Melawati petang tadi selepas mendapati dirinya menjadi mangsa jenayah siber oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Isu Sebar Gambar: Azwan Ali Buat Laporan Polis

Azwan membuat laporan polis ke atas pihak berkenaan berhubung gambar pelakon Jaafar Onn yang dengan tidak semena-mena telah dikaitkan dengan dirinya.

Pihak berkenaan itu telah mengaitkan pelakon tersebut dengan Azwan Ali selepas pengacara laser itu membuat dakwaan di dalam program Melodi pada Ahad lalu bahawa ada seorang artis tua dan lembut telah menghantar sihir ke atas dirinya.

Azwan Ali mengakui bahawa dia tidak terlibat langsung dengan penyebaran gambar Jaafar Onn.

"Gambar pelakon tersebut juga tidak dimuatnaik dari mana-mana sumber instagram , twitter serta blog milik saya. Apa yang boleh saya katakan saya telah menjadi mangsa jenayah siber.

"Saya tidak tahu apa motif pihak yang tidak bertanggungjawab itu berbuat demikian dan saya juga tidak tahu bagaimana mereka melakukannya.

"Apa yang boleh saya katakan, ini adalah satu fitnah yang sengaja dilakukan untuk mengaibkan diri saya. Disebabkan itu saya telah membuat laporan polis. Berani kerana benar dan takut kerana salah," kata Azwan Ali.

Menurut Azwan lagi, dia juga tidak akan teragak-agak untuk menyaman pihak tidak bertanggungjawab yang telah mencetuskan jenayah siber tersebut.

"Pada mereka yang percaya bulat-bulat dan menuduh sembarangan bahawa kononnya Azwan Ali yang memuatnaik gambar tersebut serta memadamnya (delete), awas ya..

"Jangan cakap sembarangan dan jangan tuduh sembarangan. Itu saja yang boleh saya katakan," katanya lagi kepada murai.com.my.

Ditanya siapakah artis tua dan lembut dengan pangkal nama J yang telah menghantar sihir kepadanya sepertimana yang didakwanya di dalam Melodi, Azwan Ali bertanya kembali: "Kau rasa...?

Apabila ditanya sekali lagi adakah artis tua dan lembut dengan pangkal nama J itu adalah Jaafar Onn, Azwan Ali menjawab: "Ramai di luar sana yang membuat bermacam-macam tekaan. Macam-macam nama yang muncul di terbit di bibir mereka termasuklah Justin Bieber.

"Apa yang pasti, saya tidak cakap siapa artis tua dan lembut itu dan saya juga tidak boleh halang masyarakat luar daripada membuat sebarang spekulasi. Itu hak mereka," katanya lagi.

sumber
http://www.murai.com.my/berita/tempatan/article/articleid/647630/azwan-ali-bikin-laporan-polis-pasal-isu-gambar-jaafar-onn


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.