Isnin, 2 Februari 2015

Isnin, Februari 02, 2015
Jins Shamsuddin Masih Sihat - Putera Hang Jebat | "Ayah masih sihat, makan dan minum macam biasa cuma mungkin kerana faktor usia makan tak banyak seperti dulu."

Jins Samsuddin Masih Sihat - Putera Hang Jebat

"Biasalah bila dah berumur mungkin selera makan tak macam dulu sebab itu nampak kurus", ujar Putera Hang Jebat anak kepada pengarah Jins Shamsuddin berikutan tersebarnya foto beliau berbaju singlet yang dikatakan tidak sihat dan menjadi viral dimedia sosial.

"Saya tidak pasti bagaimana gambar berkenaan boleh tersebar namun saya sedikit terkejut kerana ia menunjukkan seolah-olah ayah dalam keadaan sangat uzur sedangkan dia masih sihat di rumah," katanya lagi memetik kenyataan Harian Metro.

Menurut Putera Hang Jebat, bapanya yang berusia 80 tahun tidak ada penyakit lain selain Alzheimer yang dihidapi sejak 2011 dan dia kini dijaga dengan baik oleh ibunya Puan Sri Halijah Abdullah di rumah mereka di Hulu Kelang, Selangor.

sumber
\http://www.hmetro.com.my/node/27863


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.