Khamis, 12 Februari 2015

Khamis, Februari 12, 2015
Kemurungan Punca Eksekutif TV9 Bunuh Diri - Peguambela |  KEMURUNGAN? Pihak peguambela Norazman Bashah Ahmad Azam Bashah, 33, lelaki yang didakwa membunuh isterinya eksekutif pentadbiran stesen TV9, Nur Syaleza Jaffar mendakwa faktor kemurungan kemungkinan punca wanita tersebut membunuh diri.

Kemurungan Punca Eksekutif TV9 Bunuh Diri - Peguambela

Peguam bela, Muhammad Fadhli Sutris membangkitkan faktor kemurungan di Mahkamah Tinggi di Shah Alam semalam berikutan penemuan status terakhir, ‘Sabarlah Duhai Hati’ yang dimuat naik wanita itu dalam Blackberry Messenger (BBM).

Tambah peguambela lagi, anak guamnya, Norazman dalam rakaman keterangan kepada polis juga mendakwa "isterinya berada dalam keadaan murung beberapa hari sebelum meninggal dunia, tetapi tidak pernah disiasat pegawai penyiasat, Asisten Superintendan Shamzury Samad, 43."

Bagaimanapun ketika menjawab soalan Muhammad Fadli, Shamzury memberitahu, siasatannya terhadap khidmat pesanan ringkas (SMS), khidmat pesanan multimedia (MMS) dan panggilan masuk serta keluar kedua-dua telefon bimbit Nur Syaleza dan tertuduh tidak menjumpai sebarang status yang menunjukkan mangsa dalam keadaan kemurungan.

“Dalam rakaman keterangan, Norazman mendakwa menerima SMS daripada isterinya yang berbunyi ‘Kehidupan dengan Papa, kehidupan yang memenatkan’ pada hari kejadian.

sumber
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0212&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.