Jumaat, 6 Februari 2015

Jumaat, Februari 06, 2015
Kenapa awak bodoh sangat Kit Siang?- Datuk Ismail Sabri | Lim Kit Siang, Ketua Parlimen DAP, dilempar perkataan "bodoh" apabila membuat tuduhan melulu dan menuduh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memadamkan status Facebooknya yang menggesa supaya peniaga Cina yang enggan menurunkan harga barangan diboikot.


Kata Ismail Sabri, dia tidak pernah membuat sebarang status di laman Facebooknya mengenai isu kedegilan peniaga Cina itu tetapi hanya memberi komen di akaun orang lain.

"Bodoh Kit Siang ini, dia bercakap tanpa fakta. Saya tidak pernah buat 'posting' di dalam FB saya pun dan hanya komen 'posting' orang lain," katanya.

Bukti: Ismail Sabri Terima Ugutan Bunuh

Kit Siang sebelum ini mempersoalkan tindakannya dan meminta Ismail Sabri memadamkan status Facebooknya.

Dalam pada itu kata Ismail Sabri, Kit Siang perlu menyiasat terlebih dahulu sebarang isu dengan teliti sebelum mengeluarkan kenyataan.

"Kini nampak kebodohannya sendiri. Kit Siang tuduh saya padamkan status di FB...sedangkan saya tidak buat status pun," ujarnya.

Dalam perkembangan berkaitan, Ismail Sabri menjelaskan hanya akan 'menghadap' polis untuk memberikan keterangan selepas selesai lawatan tiga hari Presiden Indonesia Joko Widodo di negara ini.

"Tunggulah selesai lawatan Jokowi ini, kemudian saya akan bagi keterangan," katanya.

sumber
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/isu-padam-status-fb-kenapa-awak-bodoh-kit-siang-ismail-sabri-53447


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.