Selasa, 24 Februari 2015

Selasa, Februari 24, 2015
Kes Cerai Yatt Hamzah Di Tangguh | Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur diberitakan telah menangguhkan perbicaraan permohonan cerai yang difailkan oleh Yatt Hamzah.

Kes Cerai Yatt Hamzah Di Tangguh

Hakim Mohd Saifullah Hamzah membenarkan permohonan tersebut selepas suami Yatt, Abdul Mutalib Abdul Shukor, memaklumkan pihaknya akan melantik peguam untuk meneruskan kes itu.

Sebelum itu, peguam syarie Noraini Fauzi yang mewakili Yatt selaku plaintif memaklumkan kepada mahkamah, anak guamnya telah memfailkan permohonan untuk bercerai mengikut seksyen 47 undang-undang keluarga islam wilayah-wilayah persekutuan 1984.

Tambah Noraini, pihaknya telah menyerahkan saman kepada defenden pada 10 Februari lalu.

Kes Cerai Yatt Hamzah Di Tangguh

Abdul Mutalib dalam pada itu telah memaklumkan kepada mahkamah bahawa dia mahu menarik semula kes kerana ingin mendapatkan khidmat kaunseling berhubung masalah rumah tangganya.

Bagaimanapun, Mohd Saifullah menjelaskan plantif telah pun memfailkan permohonan itu dan kedua-dua pihak perlu berbincang dengan peguam masing-masing bagi meneruskan kes perceraian mereka.

Kes Cerai Yatt Hamzah Di Tangguh

Mahkamah seterusnya menetapkan 12 Mac depan untuk sebutan kes dan lantikan peguam. Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 29 Mac 2009.

Kes Cerai Yatt Hamzah Di Tangguh
Kes Cerai Yatt Hamzah Di Tangguh

Sementara itu di laman Instagram Abdul Mutalib, suami Yatt meluahkan rasa kecewanya dengan memuat naik sekeping foto berlatar warna hitam sambil menulis caption “Im speechless+disappointed.. #deep”. - status ini akhirnya dipadamkan.

sumber
http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2015/02/24/syura-yatt/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.