Isnin, 2 Februari 2015

Isnin, Februari 02, 2015
Kunjungan Najib Beri Makna Cukup Besar – Nik Abduh | Kesudian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meluangkan masa melawat Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) kelmarin memberi makna yang cukup besar kepada keluarga bekas Menteri Besar itu.

Kunjungan Najib Beri Makna Cukup Besar – Nik Abduh

Anaknya yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh berkata, walaupun lawatan daripada pemimpin tertinggi negara itu bagi melihat sendiri perkembangan kesihatan bapanya itu hanya sekejap, namun amat berharga buat mereka sekeluarga.

“Terima kasih atas ziarah Perdana Menteri kepada ayah (Nik Abdul Aziz). Walaupun sekejap dan ayahanda keletihan, ini bermakna buat kami sekeluarga. Terima kasih rakyat Malaysia,” katanya melalui laman Facebook beliau.

Perdana Menteri pada Khamis lalu meluangkan masa kira-kira 10 minit bagi melihat sendiri perkembangan kesihatan bekas Menteri Besar itu yang dirawat di hospital berkenaan sejak 20 Januari lalu.

Beliau yang tiba kira-kira pukul 2.15 petang itu diiringi Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) negeri, Datuk Makhtar Mustapha.

Sementara itu, Nik Mohamad Abduh berkata, keadaan kesihatan bapanya kini bertambah baik dan beliau mungkin dibenarkan keluar dari wad Hospital HUSM dalam tempoh terdekat.

Kunjungan Najib Beri Makna Cukup Besar – Nik Abduh

Kata Nik Mohamad Abduh, selain berselera makan, bapanya juga sudah mampu berdiri sendiri selama kira-kira setengah jam ketika menjalani rawatan di Gimnasium Pemulihan Neurosains HUSM.

“Alhamdulilah, walaupun masih keletihan, ayahanda telah mampu menjalani proses rehabilitasi dengan baik, meningkat dari hari ke hari.

“Semalam ketika menjalani rawatan fisioterapi, ayahanda sudah mampu berdiri sendiri sekitar 30 minit,” katanya.

Nik Abdul Aziz, 84, dimasukkan ke ICU Neuro HUSM sejak 20 Januari lalu akibat penyakit kanser prostat tahap empat yang dihidapnya sejak empat tahun lalu.

sumber
http://www.utusan.com.my/berita/nasional/kunjungan-najib-beri-makna-cukup-besar-8211-nik-abduh-1.54850


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.