Selasa, 24 Februari 2015

Selasa, Februari 24, 2015
Lisa Surihani Enggan Ulas Kandungan Kembar | Lisa Surihani enggan mengulas dakwaan kononnya dia bakal mendapat cahaya mata kembar dan meminta orang ramai mendoakan perkara baik terhadap kandungannya itu.

Lisa Surihani Enggan Ulas Kandungan Kembar

Tambah Lisa Surihani lagi, dia menerima rezeki ditetapkan oleh Allah sebagai rezeki dalam rumah tangga yang dibina selama tiga tahun itu.

"Kalau betul Alhamdulillah tapi kenyataan itu bukan saya yang buat, bagi pihak saya lebih baik kami tidak umumkan apa-apa.

"Saya terima apa juga yang Allah kurniakan dan saya harap orang ramai juga mendoakan yang baik-baik untuk kami," ujarnya kepada mStar Online, di sini, Isnin.

Lisa berkata demikian ketika diminta mengulas tentang spekulasi bakal melahirkan cahaya mata kembar yang dilaporkan oleh sebuah berita minggu, pada Ahad.

Bagaimanapun, Lisa mengakui mempunyai keturunan yang dilahirkan secara kembar termasuk dirinya.

"Saya dilahirkan sebagai kembar, begitu juga ayah dan sepupu saya," ujarnya.

Dalam pada itu, Lisa turut meminta semua pihak memberi ruang kepada dia dan suaminya, Yusry Abdul Halim untuk merahsiakan perkara tersebut sebagai privasi untuk keluarga mereka.

Kata Lisa, suaminya ada memuat naik gambar di laman sosial Instagram dan memberi bayangan terhadap spekulasi itu.

"Saya harap semua orang hormati keputusan kita, jika saya tidak mahu berkongsi tentang sesuatu sudah pasti ada sebab tertentu dan masa yang tidak sesuai.

"Tapi saya rasa Yusry ada bagi hint dalam Instagram dia semalam tentang perkara ini," ujarnya.

sumber
http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2015/02/23/lisa-surihani/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.