Selasa, 10 Februari 2015

Selasa, Februari 10, 2015
Mahkamah Tinggi Ketepikan Saman Marina Terhadap Zizan | Mahkamah Tinggi akhirnya mengetepikan saman bekas pembantu peribadi Zizan Razak, Marina Juki terhadap artis itu berhubung pembekuan akaun Wire Fame Entertainment Sdn Bhd.

Mahkamah Tinggi Ketepikan Saman Marina Terhadap Zizan

Hakim Datuk John Louis O'Hara membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Zizan, yang merupakan defendan kedua.

Dalam saman berkenaan, Marina Juki mendakwa dia mengalami keaiban tetapi tidak menunjukkan bagaimana dia mengalaminya, kata hakim itu ketika mengumumkan keputusannya.

[Artikel tentang Zizan Razak dan Marina Juki]

Selain itu, Marina juga gagal mendapat kebenaran untuk memohon tindakan dikenakan terhadap defenden ketiga seperti yang diperlukan mengikut Seksyen 181 A(1) Akta Syarikat.

Hakim memerintahkan kos RM10,000 dibayar kepada Zizan dan RM10,000 lagi kepada Maybank Islamic Berhad.

30 September tahun lalu, Marina, 31, menyaman Maybank Islamic Berhad, Zizan atau nama sebenarnya Mohd Razizan Ab Razak, 31, dan Wire Fame Entertainment Sdn Bhd kerana peranan mereka dalam membekukan akaun syarikat itu.

Wanita itu mendakwa beliau mengalami kerugian besar dari segi wang kerana artis yang bernaung di bawah syarikat berkenaan tidak lagi berminat membaharui kontrak masing-masing memandangkan pembekuan akaun syarikat itu membayangkan ia menghadapi masalah.

Peguam Harjit Sandhu mewakili Marina, manakala Zizan dan Wire Fame masing-masing diwakili peguam Rishwant Singh dan Jimmy Liew. - BERNAMA

sumber
http://www.bharian.com.my/node/34291?zizan


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.