Rabu, 25 Februari 2015

Rabu, Februari 25, 2015
Makanan Kenduri Tak Cukup, Yana Samsudin Mohon Maaf | Yana Samsudin akhirnya memohon maaf kepada peminat dan tetamu jemputannya yang tidak dapat menikmati makanan kerana kehabisan pada hari resepsi persandingannya pada 14 Februari lalu.

Makanan Kenduri Tak Cukup, Yana Samsudin Mohon Maaf

Kata Yana, berkata, jumlah tetamu yang hadir pada majlis tersebut di luar jangkaan dan terlalu ramai.

[13 Gambar] Majlis Resepsi Yana Samsudin Meriah

"Saya berterima kasih pada tetamu yang datang sama ada diundang atau pun tidak, namun saya meminta maaf andai ada kekurangan yang berlaku pada majlis tersebut.

"Tetamu yang datang memang lebih daripada jangkaan kami iaitu dekat 10,000 orang. Kad jemputan diedar dalam 700 keping dan kami jangka hanya tiga kali ganda sahaja untuk makanan. Itu pun pada saat-saat akhir saya tambah untuk 2,000 orang dan ibu saya tambah lagi untuk 2,000 orang.

"Saya dapat tahu makanan tersebut habis pada pukul 8 malam sebelum kami bersanding lagi,"

Yana berkata demikian ketika diminta mengulas apabila ada yang tetamu yang datang ke majlis resepsi persandingannya tidak dapat menikmati makanan apabila juadah yang dihidangkan habis.

Majlis persandingannya diadakan di Dataran Gemilang, Yong Peng Johor.

Mengikut kad jemputan, jamuan makan bermula dari pukul 4.30 petang sehingga 10.30 malam manakala ketibaan pengantin pula pukul 8 malam.

Selain itu, Yana turut meminta maaf kepada pengunjung yang hadir kerana tidak dapat tempat duduk dan bersesak-sesak ketika menyaksikan persandingan itu.

Katanya, tempat duduk VVIP turut dirempuh oleh beberapa peminat yang bertindak di luar kawalan pihaknya.

"Kami menyediakan 30 orang petugas Rela untuk mengawal majlis tersebut tetapi ia tidak mencukupi dan ketika majlis persandingan bermula pada kira-kira pukul 8.30 malam, ada segelintir yang merempuh tempat duduk VVIP.

"Ketika itu memang keadaan sudah tidak dapat dikawal," ujarnya.

Bagaimanapun Yana berkata, dia bersyukur dengan kehadiran pengunjung dan peminat yang meraikan hari bahagia tersebut.

[10 Gambar]Yana Samsudin Sah Bergelar Isteri Fadzil Zahari

Malah katanya, tujuan dia mengadakan majlis itu adalah untuk bersedekah dan meraikan bersama peminat-peminat dan penduduk di kampung halamannya itu.

Dalam pada itu, Yana berkata dia kesal dengan komen negatif segelintir masyarakat terhadap wang hantarannya yang berjumlah RM50,000.

Kata Yana, duit tersebut digunakan untuk jamuan makan ketika majlis persandingan itu.

"Saya sedih ada yang mempersoalkan tentang duit hantaran saya banyak, walhal majlis jamuan itu dibuat menggunakan duit tersebut.

"Itu juga tujuan saya sebenarnya untuk berkongsi kegembiraan bersama orang ramai dan peminat," jelasnya.

sumber
http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2015/02/25/yana-mohon-maaf/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.