Khamis, 12 Februari 2015

Khamis, Februari 12, 2015
Maut, Perut Di Tusuk Taji Ayam Sabung | Seorang lelaki, Bahar,50, warga Lapangan Porsas, RT 18, Nunukan Selatan, Kalimantan Utara maut setelah taji ayam yang disabungnya tertancap di perut lelaki tersebut.

Maut, Perut Di Tusuk Taji Ayam Sabung

Menurut kata rakan Bahar yang turut menyabung ayam, ketika kejadian Bahar sedang menyabung ayamnya dengan ayam pihak lawan.

Bahar dikatakan berdiri di belakang tak jauh dari ayam laganya. Ketika ayam laga musuh terbang menyerang, ayam Bahar mengelak lalu ayam musuh tersebut terarah tepat ke perut Bahar.

Ayam laga yang tajinya sepanjang 10cm itu meronta dalam usaha melepaskan diri sehingga menyebabkan luka di perut Bahar semakin besar.

“Ayam yang diadu memang ayam Bahar. Saat ayam musuh menerjang, kena si Bahar karena dekat betul si Bahar dengan ayam yang diadu. Jaraknya nggak sampai setengah meter dari ayam," ujar salah satu rakan Bahar yang enggan menyebutkan namanya.

Melihat Bahar mengalami luka parah di perutnya, sebahagian peserta ayam laga melarikan diri. Sementara beberapa rakan Bahar membawa beliau ke Rumah Sakit Umum Nunukan. Bahar akhirnya meninggal dunia ketika tiba di RSU Nunukan.

"Korban mengalami robek di perut dan paha akibat terkena taji ayam. Saat dilarikan ke Rumah Sakit Umum Nunukan, meninggal dunia," jelas jurucakap Rumah Sakit Nunukan.

Menurut rakan Bahar, Taji yang digunakan dalam sabungan ayam memang sangat tajam. Panjangnya mencapai 10 hingga 15 sentimeter. Taji untuk ayam biasanya dibuat dari gergaji buatan Jerman yang dibentuk menggunakan tangan oleh pandai besi.

Satu gergaji dari Jerman untuk dibuat taji ayam jenama Maxwell biasanya dipesan dari Jakarta seharga Rp 600.000.

“Kalau sudah jadi taji ayam, jangan tanya tajamnya. Untuk cukur jenggot aja bersih," ujarnya.

sumber
http://regional.kompas.com/read/2015/02/05/19040251/Ikut.Sabung.Ayam.Bahar.Tewas.Diterjang.Ayam.Sang.Musuh?


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.