Rabu, 4 Februari 2015

Rabu, Februari 04, 2015
Melati Zero Tamat Zaman Bujang Selepas Pentas Akhir MLM 2014 | "Insyaallah, saya akan menamatkan zaman bujang pada pertengahan bulan ini. Kalau ada rezeki saya, wang kemenangan itu nanti bolehlah dibuat belanja kahwin," ujar Melati Zero atau nama sebenarnya  Mohd Syaiful Bin Doli Sharif.

Melati Zero Tamat Zaman Bujang Selepas Pentas Akhir MLM 2014

"Bagaimanapun niat kami untuk menghantar ibu dan bapa pergi ke Mekah untuk menunaikan fardhu Haji diutamakan dahulu," tambah beliau yang juga abang kepada Sharif dan Atu ini.

Syaiful mendedahkan perkara tersebut pada majlis sidang media MLM 2014 separuh akhir Jumaat lepas.

Tambah Syaiful lagi, dia juga tidak takut sekiranya tiada peminat dikalangan wanita selepas mendirikan rumah tangga nanti.

“Peminat wanita lari? Tak apalah…satu sahaja sudah cukup bah,” selorohnya.

Sementara itu, Sharif dan Atu turut berkongsi kegembiraan mereka kerana bakal menerima kakak ipar tidak lama lagi.

Mereka juga berharap dapat memberikan persembahan terbaik di pentas akhir MLM 2014 pada Jumaai ini.

“Kami sudah bersedia dan kami harap para penonton terus menyokong kami dan suka dengan persembahan kami nanti,” kata Sharif mewakili Zero.


Syaiful dan tiga beradik ini berjaya mencipta nama sebagai kumpulan pelawak adik beradik pertama yang berjaya di Malaysia selain mahu membantu keluarga mereka di kampung yang terletak di Kudat, Sabah.


BIODATA KUMPULAN ZERO MAHARAJA LAWAK MEGA 2014 (MLM 2014)

Peserta pertama: SYAIFUL
Nama Sebenar : Mohd Syaiful Bin Doli Sharif
Asal :Kudat, Sabah
Umur :25 tahun
Bakat selain melawak : Menyanyi, berlakon, aksi, bermain alat muzik
Kerjaya :Buruh kasar, nelayan

Peserta kedua: SHARIF
Nama Sebenar : Sharif Kadir Bin Doli Sharif
Asal :Kudat, Sabah
Umur :23 tahun
Bakat selain melawak : Menyanyi, berlakon, aksi, bermain alat muzik
Kerjaya :Buruh kasar, nelayan

Peserta ke-3: ATU
Nama Sebenar : Sharid Kunal Bin Doli Sharif
Asal :Kudat, Sabah
Umur :21 tahun
Bakat selain melawak : Menyanyi, berlakon, aksi, bermain alat muzik
Kerjaya :Buruh kasar, nelayan

sumber
http://www.astrogempak.com.my/ArticleDetails/tabid/597/ArticleID/146195/MLM-2014-Melati-Zero-Kahwin-Selepas-Berentap-Di-Pentas-Akhir.aspx


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.