Khamis, 26 Februari 2015

Khamis, Februari 26, 2015
Mengamuk Kerana Bayaran Gunting Rambut RM180 | Seorang lelaki mengamuk di kedai gunting rambut di Connecticut, Amerika Syarikat sejurus diberitahu dia dikenakan bayaran US$50 (RM180).

Mengamuk Kerana Bayaran Gunting Rambut RM180

Polis Stamford berkata, lelaki tersebut Alan Becker menendang dinding kedai sehingga berlubang, bertindak berang pada kakitangan dan pelanggan, dan mencampakkan barangan di kedai itu.

Memetik agensi berita Associated Press, Becker dilaporkan kembali ke kedai tersebut untuk "membetulkan" potongan rambutnya tetapi tidak dilayan.

Menurut portal Huffington Post semalam, polis kemudian menahan lelaki 47 tahun itu di rumahnya di Stamford.

Kejadian Rabu lalu mengheretnya ke mahkamah atas kesalahan khianat dan mengganggu ketenteraman.

sumber
http://www.malaysiakini.com/news/290258
http://www.huffingtonpost.com/2015/02/23/alan-becker-hair-salon_n_6734984.html


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.