Khamis, 12 Februari 2015

Khamis, Februari 12, 2015
Mesej Terakhir Hasbullah Awang Kepada Rakan | "Setahu saya Allahyarham memang ada penyakit dan sepanjang mengenalinya, dia akan makan ubat ketika terbabit mengulas program sukan secara langsung di kaca televisyen,” kata pengulas sukan Astro Arena, Hafizal Hamad mengenai pemergian pengulas sukan legenda, Datuk Hasbullah Awang tengah hari tadi.

Mesej Terakhir Hasbullah Awang Kepada Rakan

Hafizal yang menganggap Hasbullah seperti bapanya berkata, Allahyarham dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) pada minggu lalu, tetapi perkara ini tak dihebahkan kepada masyarakat umum kecuali dalam aplikasi WhatsApp sesama rakan mereka.

"Dia sakit dan perlukan rehat, jadi kami nak melawat pun rasa tak selesa kerana bimbang mengganggu. Tambah lagi dia mengakui keadaannya OK. Tiga hari lepas saya terserempak dengan isterinya ketika makan di kampung baru dan beliau memaklumkan keadaan terkini Allahyarham.

Mesej Terakhir Hasbullah Awang Kepada Rakan
Mesej Terakhir Hasbullah Awang Kepada Rakan

"Sekali lagi kami bercadang nak melawatnya tetapi Allahyarham memaklumkan di grup WhatsApp keadaannya OK. Tiba-tiba saja saya dikejutkan dengan panggilan daripada anaknya yang memberitahu Allahyarham sudah tiada,” katanya.

Seorang lagi rakan media, Hakim Rahman  turut memuat naik mesej terakhir allahyarham Hasbullah Awang kepada rakan lain di Astro Arena menerusi laman Twitternya.

Mesej Terakhir Hasbullah Awang Kepada Rakan

"Salam. Aku ok aja. Cuma akan buat angiogram pada hari Selasa nanti...bukan dibedah. Masuk hospital dulu kaki bengkak. Rupa rupanya ada kaitan la dengan jantung. Anyway terima kasih atas keperihatinan semua"

Sementara itu,jenazah Allahyarham Datuk Hasbullah Awang telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kota Kemuning pada jam 6.10 petang tadi.

Jenazah Allahyarham tiba di Masjid Himmatul Aliyah Seksyen 23 Shah Alam pada jam 4.50 petang untuk disempurnakan.

Mesej Terakhir Hasbullah Awang Kepada Rakan

Solat jenazah telah diimamkan sendiri oleh sahabat Allahyarham yang juga merupakan seorang pengulas sukan, Zainal Abidin Rauf.

Pengulas veteran itu meninggalkan isteri Datin Hazida Alang Ahmad, 58, selain empat anak serta tujuh cucu.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/30415#sthash.mhri7Zn3.dpuf
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/allahyarham-hasbullah-awang-selamat-disemadikan-53849?cp


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.