Sabtu, 7 Februari 2015

Sabtu, Februari 07, 2015
MLM2014 Final: 11 fakta kumpulan Zero yang mungkin anda tidak tahu | Pentas final pada malam Jumaat nampaknya berjaya dikuasai oleh kumpulan Zero dengan lawak dan sedikit sketsa yang menyentuh hati audien termasuk para juri dan Taufik Batisah yang pada mulanya mahu memberikan 4 bintang...

MLM2014 Final: 11 fakta kumpulan Zero yang mungkin anda tidak tahu

1. Mereka sudah ketiadaan bapa dan tanggungjawab ketua keluarga, dipikul 3 beradik ini
2. Pekerjaan mereka bertiga sebelum bergelar pelawak ialah nelayan dan buruh kasar
3. Arwah bapa mereka cacat penglihatan namun dapat membesarkan mereka – perkara ini sekaligus membakar semangat mereka untuk mengubah nasib keluarga
4. Syaiful berhenti belajar ketika Tingkatan Satu sahaja bagi membantu menyara kehidupan keluarga
5. Ketiga beradik ini mahir dalam ilmu mempertahankan diri iaitu Silat Gerak Kilat sejak dari kecil – diajar oleh bapa mereka
6. Daripada silat itu juga, mereka handal melakukan aksi akrobatik
7. Mereka mengakui bergaduh ketika mengeluarkan idea untuk dipersembahkan di pentas MLM demi mendapatkan idea yang terbaik
8. Syaiful, Kadir, Kunal berasal daripada suku kaum Bajau Simunul
9. Nama kumpulan Zero itu dicerminkan melalui kehidupan mereka yang disifatkan serba kosong
10. Syaiful yang juga terkenal dengan nama gelaran Melati akan menamatkan zaman bujang pada pertengahan Februari ini.
11. Mereka mahu gunakan wang kemenangan untuk bawa orang tua menjejakkan kaki ke tanah suci Mekah jadi siapakah juara di hati anda.

Jom ikuti persembahan lawak kumpulan Zero di final MLM 2014 dibawah...

Persembahan Pertama Kumpulan Zero

Post by Kezoom.



Persembahan Ke Dua Kumpulan Zero


sumber
FBQayim Tujuh Empat
http://viruslawak.blogspot.com/2015/02/video-maharaja-lawak-mega-2014-final.html


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.