Khamis, 12 Februari 2015

Khamis, Februari 12, 2015
Al Fatihah - Nik Aziz Meninggal Dunia | AL FATIHAH ~ Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah kembali ke rahmatullah sekitar jam 9.45 malam tadi di rumahnya di Pulau Melaka Kota Bharu menerusi laporan pihak media, Metro dihalaman Facebook mereka..

Al Fatihah - Nik Aziz Meninggal Dunia

Sebelum itu, kediaman Mursyidul Am Pas itu mula dipenuhi penyokong dan orang ramai setelah berita mengenai kemerosotan kesihatannya tersebar.

Sanak saudara bekas Menteri Besar Kelantan itu turut kelihatan memasuki rumah beliau yang berhadapan dengan Masjid Pulau Melaka.

Nik Aziz Meninggal Dunia

Ambulans yang membawa Nik Aziz bertolak dari Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) kira-kira jam 8.40 malam dan tiba di kediaman rumahnya, 15 minit kemudian.

Ketika dibawa masuk ke rumahnya kelihatan Nik Aziz masih memakai alat bantuan pernafasan sambil diiringi keluarga terdekat.

Al Fatihah - Nik Aziz Meninggal Dunia

Menurut laporan Metro, sebelum itu bacaan Yasin mula kedengaran dari dalam rumah Musyidul Am PAS itu.

Terdahulu, anak Nik Abdul Aziz, Nik Mohamad Abdul memaklumkan di dalam Facebook tahap kesihatan ayahnya menurun selepas menjalani rawatan ulser, semalam.

Para pengawal melarang jurugambar dan wartawan merakam keadaan pemimpin Pas itu ketika diusung dari ambulans.

Nik Aziz Meninggal Dunia

Biodata

DATUK NIK ABDUL AZIZ NIK MAT

Tahun Lahir: 10 Januari 1931

Tempat Lahir: Pulau Melaka, Kelantan

Status:

Berkahwin dengan Tuan Sabariah Tuan Ishak dan memperolehi 10 cahaya mata (5 lelaki & 5 perempuan). Kesemua anak-anaknya mengambil jurusan agama sebagai pilihan utama.

Pendidikan:

Sekolah Kebangsaan Kedai Lalat (3 Bulan) - 1936.

Sekolah Pondok Tok Kenali Kubang Kerian.

Sekolah Pondok Tok Guru Haji Abbas Besut, Terengganu.

Universiti Deobond, India - 1952.

Lahore, Pakistan - Ilmu Tafsir Quran - 1957.

Universiti Al-Azhar, Mesir - Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Arab.

Universiti Al-Azhar, Mesir - Sarjana Perundangan Islam.

Penguasaan Bahasa:

Melayu, Inggeris, Tamil, Urdu, Arab

Pekerjaan:

Guru Sekolah Menengah Agama Tarbiyyah Mardiah, Panchor.

Guru Sekolah Menengah Agama Darul Anwar, Pulau Melaka.

Penyelia Kelas Dewasa - KEMAS.

Guru Sekolah Menengah Maahad Muhammadi, Kota Bharu.

Politik:

1967 - Daftar sebagai ahli PAS.

1967-1969 -Pilihanraya Kecil - Ahli Parlimen Kelantan Hilir.

1969-1974 - Ahli Parlimen Kelantan Hilir.

1974-1978 - Ahli Parlimen Kelantan Hilir. (Kawasan ini ditukar nama kepada Parlimen Pengkalan Chepa).

1978-1982 - Ahli Parlimen Pengkalan Chepa.

1982-1986 - Ahli Parlimen Pengkalan Chepa.

1986-1990 - Ahli Dewan Undangan Negeri Semut Api Kelantan.

1990-2013 - Menteri Besar Kelantan.

sumber
http://www.sinarharian.com.my/semasa/nik-aziz-dibawa-pulang-1.359851
http://www.hmetro.com.my/node/30428
http://www.bharian.com.my/node/34703


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.