Khamis, 12 Februari 2015

Khamis, Februari 12, 2015
Pekerja Kilang Menapak 32 Kilo Setiap Hari Terima Kereta Ford Taurus Baru | Tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia pula siapa yang tahu...apatah lagi setelah melalui pelbagai kenangan pahit sebegitu lama. Ikuti rezeki seorang pekerja dibawah yang dari susah menjadi sedikit senang hasil sumbangan orang ramai yang bersimpati kepadanya.

Seorang pekerja kilang, James Robertson yang berjalan kaki lebih daripada 32 kilometer (km) setiap hari untuk ke tempat kerja hampir sedekad yang lalu menerima kejutan apabila dihadiahkan sebuah kereta Ford model Taurus yang terbaru.

Pekerja Kilang Menapak 32 Kilo Setiap Hari Terima Kereta Ford Taurus Baru

Robertson yang menjadi sensasi di internet dan media massa mengenai kegigihannya berjalan kaki setiap hari untuk bekerja turut menerima sumbangan daripada orang ramai lebih AS$310,000 (RM1.1 juta).

Dia terpaksa berjalan kaki berikutan tidak mampu membeli kereta baharu selepas keretanya rosak sejak sembilan tahun lalu, manakala laluan ke tempat kerja tidak mempunyai kemudahan pengangkutan bas.

Walaupun wang sumbangan yang dikumpulkan bertujuan untuk membolehkan dia membeli sebuah kereta baru, pengedar kereta memutuskan memberikan sebuah kereta model terbaharu, Ford Taurus bernilai AS$37,000 (RM132,357).

Pekerja Kilang Menapak 32 Kilo Setiap hari Dapat Kereta Ford Baru

“Sejak kereta rosak, saya memang tidak mampu untuk membeli yang baharu. Oleh itu, saya terpaksa berjalan kaki sejauh 32km setiap hari demi meraih pendapatan sebanyak AS$10.55 (RM37.70) untuk satu jam di sebuah kilang,” katanya.

Sumbangan kereta berkenaan diberikan oleh wakil pengedar Ford, Blake Pollock, manakala inisiatif dana bantuan pula dilakukan oleh seorang pelajar universiti, Evan Leedy.

Pekerja Kilang Menapak 32 Kilo Setiap hari Dapat Kereta Ford Baru

Wang sumbangan pula akan dijadikan dana bagi perubatan, penyelenggaraan kereta dan kos petrol Robertson.

Dalam pada itu, pihak polis dilaporkan memberikan perlindungan sementara kepada Robertson sehingga menjumpai kediaman baru yang lebih dekat dan selamat dengan tempat kerjanya berikutan sumbangan orang ramai kepada beliau yang terkini dilaporkan telah mencecah USD350.000 – Agensi

sumber
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0211&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.html
http://www.freep.com/story/news/local/michigan/oakland/2015/02/10/james-robertson-detroit-commuter-gofundme-taurus-crime/23197645/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.