Jumaat, 13 Februari 2015

Jumaat, Februari 13, 2015
Pelakon Lelaki Terkenal Di Tangkap Khalwat | Seorang pelakon lelaki terkenal tempatan ditangkap khalwat oleh sepasukan pegawai Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di sebuah unit Apartment Taman Sri Subang awal Khamis 12 Februari 2015.

Pelakon Lelaki Terkenal Di Tangkap Khalwat

Pelakon berusia 25 tahun itu, yang pernah bertunang pada Disember tahun lepas, ditahan pada 3.30 pagi selepas pasukan penguatkuasa mendapat maklumat daripada orang awam.

Pengarah Jais Datuk Marzuki Hussin, dalam satu kenyataan pada Khamis, mengesahkan bahawa pelakon itu, yang sudah bertunang Disember lepas, ditahan Bahagian Penguatkuasaan Jais berdasarkan maklumat awam.

"Dia ditahan mengikut Seksyen 29(1) A dan B, Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995," katanya.

Pelakon berkenaan sebelum ini pernah dikaitkan mempunyai hubungan cinta dengan wanita yang lebih berusia serta seorang lagi pelakon wanita, namun hubungannya dengan mereka berakhir begitu sahaja. - BERNAMA

sumber
http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2013/05/17/pelakon-lelaki-terkenal-ditangkap-khalwat/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.