Selasa, 3 Februari 2015

Selasa, Februari 03, 2015
Pelakon Tambahan Kecewa, Terima RM50 Selepas Berlakon 11 Hari | Janji dicapati....Hanya RM50 saja bayaran yang diterima sebagai pelakon tambahan setelah berlakon selama 11 hari. 

Itulah nasib malang yang menimpa seorang pelakon tambahan selepas menjalani penggambaran sebuah filem di Sabak Bernam, Selangor, sejak November tahun lalu.

Pelakon Tambahan Kecewa, Terima RM50 Selepas Berlakon 11 Hari

Khai, 20, mendakwa ditawar watak pelakon tambahan oleh sebuah syarikat perfileman selepas mengadakan rundingan di Bandar Baru Sentul pada 10 November tahun lalu.

Menurutnya, dia bersetuju untuk berlakon selama 11 hari dengan bayaran RM100 sehari berdasarkan perjanjian.

“Tambahan pula tempat tinggal dan duit petrol kenderaan disediakan syarikat itu menyebabkan saya tertarik.

“Bagaimanapun sebaik tiba sampai di lokasi penggambaran, pihak produksi memberitahu jadual perlu dirombak menyebabkan saya dan seorang lagi rakan yang turut ditawarkan berlakon hanya memulakan penggambaran pada hari kelapan,” katanya yang sudah lima tahun menjadi pelakon tambahan.

Tambah Khai, pihak syarikat berjanji akan membayar mereka walaupun jadual penggambaran dirombak.

“Bagaimanapun saya terkejut apabila hanya menerima RM50 selepas selesai penggambaran. Sepatutnya saya menerima bayaran RM800, namun pihak agensi memberitahu baki bayaran akan dijelaskan kelak.

“Namun sehingga kini, baki bayaran masih belum dijelaskan dan pelbagai alasan diberikan pihak terbabit,” katanya yang pernah membintangi filem Abang Long Fadil dan Homestay Berhantu.

Dia kemudian tampil membuat laporan di Balai Polis Bukit Jalil di sini, sebelum kes itu dirujuk semula ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)Sentul.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/28217#sthash.hEg7gy7h.dpuf


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.